Wednesday, September 5, 2007

merenung masa depan dalam kenangan masa lalu





hari ini Khamis, September 6, 2007

Seminggu yang lalu pada hari ini saya sibuk bersiap untuk pulang bercuti di kampung halaman tercinta sempena cuti umum hari Kebangsaan ke 50.
Sesekali terasa ingin ketawa mengenangkan kembali bagaimana saya dan teman, Aliz berusaha untuk keluar dari pagar kolej yang dikawal ketat oleh Resident Staff yang menyuruh kami ke kampus induk UiTM Malaysia untuk sambutan ambang merdeka peringkat IPTA

Terkilan juga sebab tak dapat menyertai sambutan besar-besaran di UiTM Malaysia. Apakan daya, rindu pada ayahbonda, kaum keluarga dan kampung halaman lebih menggamit perasaan. Bukan tidak patriotik, bukan tidak mengenang jasa pejuang kemerdekaan, tapi rasanya saya tetap ada cara tersendiri untuk sambut kemerdekaan ke 50 ini.

Belajar sungguh-sungguh,
berjaya dengan cemerlang,
curahkan bakti pada anak bangsa
buat balasan untuk pejuang kemerdekaan yang telah bermandi darah,
keringat
dan air mata
untuk mencapai kemerdekaan

macam klise, tapi itulah harapan dan impian saya

Maka biar saja saya mengisi kemerdekaan itu dengan mendidik anak bangsa kelak.
Moga-moga generasi baru ini lebih menghargai dan mengisi ruang kemerdekaan ini dengan lebih mantap. insyaallah

2 comments:

John Norafizan said...

Salam dari John Norafizan, terjumpa laman izah ketika melayari dunia siber... semoga Izah berjaya dengan pelajaran dan pulang dengan sukses yang diimpikan...

Terima kasih kerana menyukai hasil karya saya.. Insya Allah, Izah akan lebih berpuas hati dengan novel terbaru saya Garis-Garis DeJavu nanti... Insya Allah keluar di pesta buku 2008... :) :)

P/S: Saya nak linkkan blog Izah ke laman saya, bolehkan? :)

http://www.johnnorafizan.com

izah hamid said...

salam saudara John
terkesima seketika kala baca "comment" John
tak sangka ada juga pelawat yang sudi singgah di blog saya yang sebenarnya baru sahaja berusia 2 minggu lebih ;)

terharu pun ada sebab saya memang meminati karya John. i'm looking forward for your next novel, Garis-garis Dejavu. insya Allah saya akan "allocate" duit poket untuk dapatkannya.

Nak linkkanblog saya ke laman John?
kecil tapak tanagn, nyiru saya tadahkan :)