Tuesday, September 4, 2007

merdeka ke50...rakaman memori indah di mengabang telipot








salam

merdeka kali ini paling bererti. kenapa?

  1. Saya dapat bersama seluruh rakyat Malaysia yang lain meraikan hari gemilang ini dalam keadaan aman damai, sentosa dan selamat. Alhamdulilah dan terima kasih para pejuang kemerdekaan dan pemimpin negara tecinta
  2. Saya dapat bertemu hampir keseluruhan ahli keluarga saya di kampung halaman; kak long&abang long, abang mat&kak linda, kak nor&abang wan, abang pih, dinda nae, dan dinda padi. Juga tak dilupakan hero-hero kecil: irsyad fauzi, ikhwan, hafizul@hakim, aidyd zaim danish, ashriq naufal danish dan harris. Juga heroin tunggal, azrah. terima kasih juga dengan kehadiran kak ani, dapatlah kami sekeluarga pergi berlibur di tepi pantai. Sedih juga kak na dan kak ju tak balik, tapi tak mengapa ketemu nanti di hari lebaran, insyaallah.
  3. Saya dapat melepaskan tekanan dan melupakan bebanan AE juga "assignments" lain yang sedang menunggu untuk disempurnakan.
  4. Saya berpeluang menikmati pelbagai juadah eksotik yang menyelerakan yang hanya boleh didapati apabila berada di kampung halaman; tempoyak, petai, singgang, pecal jantung pisang, gulai udang, nasi berlauk ikan aya, kuih lembek, bihun sup, "coconut shake"
  5. Saya juga dapat melepaskan rindu pada bunyi ombak dan desiran angin di tepi mengabang ;)

Buat semua, ketemu lagi di lebaran nanti. Dinda nae, memandangkan awak nak balik lagi hujung minggu ni, kirimin salam sayang danrindu buat abah, mak , kak long dan famili, ya. juga salam buat sang ombak dan pantai ....

No comments: