Saturday, February 28, 2009

30 hari mencari cinta - hari ketujuh belas

khamis, 26 februari 2009

hari ketujuh belas

jah dah sampai umah pokok sena
pada jam 6.20 pagi
muka ceria
cuba teka camne jah balik dari stesen bas shahab perdana?
......

inilah kisahnya:
petang rabu semalam
hujan lebat di melaka
jah dalam kereta janah
otw ke mahkota parade untuk makan

so jah teringat kebun mimpi jah di umah pokok sena
jah pun call umah depan nak cakap dengan k.alawiyah
(walaupun dalam hati berharap Mie yang akan jawab call)
nak tanya keadaan kat sana
yelah dekat seminggu tinggal mereka tanpa bersiram

Jah: Assalamualaikum, k.alawiyah ade?
Die: Waalaikumussalam, die takde, p amik anak die.
Jah: oo, ni sape?
Die: Ni Helmi
Jah: Oo, Mie, ni cik fizah umah depan
Die: Sape?
Jah: Fizah umah depan
Die: Oo, eh lainnye suara (sambil gelak kecil)
Jah: Hah, lain camne?
Die: Lain la, tak macam biasa
Jah: Biase a, dalam telefon
Die: tapi lain a (gelak lagi)
Jah: Sana hujan tak? kat sini hujan lebat.
Die: Petang ni hujan, semalam ngn kelmarin pun hujan jugak.
Jah: Oo, ok a, tak a teruk pokok tu. fizah balik malam ni.
Die: Balik malam ni... sapa datang amik pagi esok?
Jah: Tu a, dah bagitau kawan, tapi kalau depa tak bangun, fzah tunggu cerah skit n tunggu bas mara liner a. naik mara liner, tinggal bagasi, pastu datang balik amik bagasi...
Die: Eh, kak, bahaya tu. shahab tu gelap. platform die memang gelap. mie dah biase amik pakcik kat situ pagi-pagi. 4,5 pagi memang gelap. bahaya la.
Jah: Dah tu, mie nak tolong ambil ke?(dengan nada mengusik)
Die: eh, boleh je.
Jah: Serius ke?
Die: Serius a. sampai pukul berapa?
Jah: Dalam 6 pagi.
Die: Ooo, dah cerah tu.
Jah: Dah tu, nak tolong amik tak?
Die: Ok je.
Jah: Mie p kerja pukul berapa?
Die: Pukul 9
Jah: Nanti fizah dah gerak n sampai area Gurun, fizah cntact. Berapa nombor phone Mie?
Die: 01.-.........
Jah: Ok, terima kasih. Nanti fizah bgtau,k


begitulah kisahnye
jah bagitau kak nurul n kak j tak payah bangun awal
sebab ade orang lain nak tolong datang amik =)
maka
Mie la yang datang amik jah di awal pagi hari ni
tapi die tak gentleman a,
tak tolong angkat beg pun
pandang je
memang typical lelaki Melayu

takpela
dalam kereta
sembang-sembang kosong

sampai umah
jah cakap
"thanks, sorry sebab ganggu tdo, nanti boleh sambung tdo, k"
die senyum je...

jah masuk
kemas umah
mendobi
mandi
tido
then p ofis
ade hal
kak nurul, kak j, kak tiya n moe dah usik-usik =)
yeay, malam ni p jalan-jalan alor star
ikut kak nurul, kak j, kak tiya n abg awi
.......

30 hari mencari cinta - rumusan hari ke 11-16

rabu, 25 februari 2009

hari keenam belas

sibuk dengan bengkel,
jah memang tak sempat nak update blog mengenai cabaran ni
nak lagi laptop jah problem dengan wifi connection kat conference room Herren Huys, Everly Resort, Tg. Kling, Melaka.

jadi
jah pun kurang minat untuk update
cuma sekarang ni
jah bagi rumusan secara ringkas mengenai apa yang terjadi sepanjang hari ke 11 (khamis, 19feb09) hingga hari ke 16 (rabu,25feb09).

secara ringkas
Adeq
tetap sms, call n miscall

George
sms
janji nak datang
tapi tak datang
pastu boleh pulak sms:
George: takpelah baby, takkan lari gunung dikejar
jah: gunung memang tak lari, tapi akan habis ditarah jadi dataran
die suruh jah explain pulak ape maksud
malas nak layan
lepas tu langsung die x sms
jah pun xde kuasa nak sms die
- jah tengah fikir untuk gugurkan dia daripada senarai calon

Is
Call, sms, miscall
tapi gaduh n selisih faham
isu kahwin kt siam
n isu mintak gambar
malas nak layan
-ni pun dah masuk calon nak digugurkan

Mie
of course a
tak pernah contact
jah takde no phone die
tapi
jah ingat la
hari jumaat 20feb09
jah sempat la tengok die sebelum die pergi ukur tanah pagi tu
petang tu
jah masak tumis camboh(taugeh)
hantar kat umah die
aunty die bgtau
die balik kampung
o, sedihnye
lambat lagi a nak jumpa

NCs
takde kaitan

OCs
sms ahmad tanya pasal MIKIM
n also psl melaka
itu aje


anyway, jah ade jugak jumpa orang lain di bengkel kat Melaka ni
so, jah namakan:
orang baru di bengkel BM KPM
ade a
2 orang
sorang dari matriks kedah
sorang lagi technician specially hired for the course
hahahha
sembang biase-biase je


tapi
macam dalam entri sebelumnya
jah memang sedih
jah rasa macam nak give up
sebab
jah yang memang dah faham susahnya mencari the other half of me
makin faham akan keperitan itu

hmmmm
dengan cabaran yang hanya tinggal lagi separuh bulan
jah akan usaha setakat yang mampu
untuk gugurkan mana-mana calon yang menyakitkan hati
yang memang rasanya takde persefahaman

....
tengah fikir camne nak balik umah dari shahab pagi esok
kak nurul n kak j cakap boleh datang ambil
tapi kesian la
diorang nak kena bangun awal p shahab
ambil jah
then hantar pokok sena
pastu rushing untuk clock in masuk kerja
jah cuti hari perjalanan takpe a

takpela
kak na n kak ju cadang
if diorang takleh datang ambil
tunggu je cerah sikit
naik bas mara liner
tinggal bagasi kat shahab
just bawak beg laptop
sampai umah
amik kereta
drive balik p shahab
n amik bagasi

ok
tengok la camne...

doakan jah selamat

apapun
bengkel dah habis
manja, k.shila n k.ana dah balik

jah kat ofis janah di KPM Melaka ni
tunggu die habis meeting
rindunya nak sembang ngan janah
emah pun ada
pasni
p makan
lepak sat umah janah
then naik bas balik a.star

Tuesday, February 24, 2009

blogging dari lobby everly hotel

rabu, 25februari 2009

jah baru je habis bengkel adaptasi material untuk subjek Bahasa Inggeris program Matrikulasi di Everly Resort Hotel, tg. kling, melaka.

jah buat-buat lupa cabaran mencari cinta ni
sebab jah rasa dah nak putus asa

walaupun sibuk dengan bengkel
jah tetap berhubung dengan calon-calon
sms, miscall dan call

George janji nak datang
die tengah kursus di Port Dickson
tapi tak datang-datang
hmmmmm
kechiwa

Adeq kadang-kadang miscall
ade jugak sms

Is terus sepi
lepas selisih faham 2 hari lepas
pasal isu kahwin
ade ke dia ajak jah kahwin kat Siam sebab nak jimat kos



.... malam tadi nak tidur
tiba-tiba jah sangat sedih
semua ni macam takkan ke mana

sms adeq

Wednesday, February 18, 2009

30 hari mencari cinta - hari kesepuluh

rabu, 18 februari 2009

hari ke-10 cabaran

tak sangka dah masuk hari ke sepuluh

pagi
miscall kejutkan subuh Adeq dan Is
Adeq sms
Is sms
semua cakap good morning

masuk ofis
kerja dengan semangat

tengahari
sms Is tanya dh lunch blum
die dh lunch

pergi lunch
solat
buat kelas intervention
Adeq miscall waktu dalam kelas

petang balik
ngantuknye
mandi
solat
tido sat
terjaga asthma menyerang
batuk-batuk masa tido
sesak nafas
then bangun
siram pokok

maghrib
solat
mengaji
solat

rasa masih mengah
nafas tak teratur
nak makan sup
nak makan makanan panas

masuk dapur
masak bubur
sambil basuh baju
jemur baju
sementara tunggu bubur sejuk
t'tido

terjaga 11pm
padi call
baru makan bubur

then cadang nak buat research report
ngantuk
tdo...
zzzzz.......


ape dah jadi ngan jah ni?
asek lapar dan mengantuk...
bila nak siap kerja ni?




p/s: esok lusa hujung minggu
xde internet kt umah
ahad p malacca
khamis baru balik
so, lebih kurang seminggu a tak akan update blog
but, the challenge is still on ;p


c u in march!!!

30 hari mencari cinta - hari kesembilan

Selasa, 17 Februari 2009

hari ke 9 cabaran

malam tadi
jah terfikir
what if other people read this blog?
what will they think of me and this challenge?
mmm
takpela
lantak a

awal pagi
ngah duk siap2 bahan untuk mengajar
sms is mintak maaf psl lewat sms die mlm tadi
pastu miscall die
die trus call
tanya khabar
n die cakap it's ok
tanya breakfast ke blum
mase tu my colleague dh masuk ofis
n dengar our conversation
terus usik2


online
cadang nak update blog
sign in Yahoo Messenger
sembang ngan amal, junior kt US
sekarang ni status ym jah berkait ngan cabaran ni

sembang ym ngan En Kekasih Gelap (Adeq)
macam biasa tanya khabar
suddenly
die gelak2
rupanye die dah baca blog ni
pasal cabaran ni
OMG!!!!!
jah dah cuak takut die marah
jah pun explain
die cakap
lelaki akan tercabar dengan cabaran macam ni
die rase peluang die tipis sebab calon-calon lain semua hebat
huhuhuhu
so jah pun tanya
nak join x?
die cakap ok
n nak berusaha lagi kuat
untuk menang
legaa...
jah takut la jugak
hilang satu calon ;p

hopefully
calon-calon lain tak akan terbaca blog ni
naya..
mesti diorang ingat jah ni player

sebenarnya
matlamat cabaran ni
untuk jah lebih berani dalam berkomunikasi dengan kaum adam
dan memang kalau boleh
jah nak cari teman sehati sejiwa ;)

tengahari
jah ikut k.nurul n manja p alor star
nak bli tket utk ke s.alam sabtu ni
pastu k.nurul nak settlekn urusan hadiah
untuk bulan penghayatan Islam
smbil tunggu k.nurul siap urusan, sms ngan Is
die cakap rindu kat jah
rase macam nak datang alor star jumpe jah
jah cakap
datang aje
tapi die x nak
sebab takut jah bawak kawan
die segan
memangla jah bawak kawan
mana boleh anak dara kuar sorang2
Is ni pun
pastu die x nak
takpela
tak kisah
dah tahu sangat alasan die

lewat petang smpai umah
solat
siram pokok
p kedai
singgah umah depan
izah sibuk nak pegang handphone pouch jah yang bentuk strawbery n colour merah
berbasa-basi ngan k.alawiyah
pastu mie pun join
die cakap izah berkenan ngan beg strawberry tu
then p kedai

balik
mandi
solat
mengaji
tunggu isyak
tapi tertido
terjaga around 10pm
tengok hp, ade banyak miscall daripada Adeq

wudhu'
ngah nak pakai telekung
Is call
jah bagitau baru bangun tdo
die tak percaya
susah btul a die ni
penat xplain
baru nk percaya
pastu
die cakap x jadi datang
sebab takut jah bawak kawan
ape2 je la
tak larat nak pikir

solat
pastu Adeq miscall lagi
sms pulak
memang meningkatkan usaha ni

pastu ngantuk
t'tdo
habis semua plan untuk buat research report
zzzzzzzz.........

Tuesday, February 17, 2009

30 hari mencari cinta - hari kelapan

isnin, 16 februari 2009

hari ke 8 cabaran

pagi
is sms
kjutkan subuh

throughout the day
biase2 je
cume ade 1 OC datang unit
die ade bagi statement
yang kemudiannya
menyebabkan colleagues usik die dan jah
malu (wink)

tengahari
berehat
kelas sampai petang
makan nasi yang dibungkus dari pagi
tapi tak sempat makan

petang
rehat kt umah
tak nak tdo petang lagi
ralit baca Garis-garis Dejavu
is sms tanya khabar
jawab biasa2 je
tak dak mood
sebab duk layan novel

kakna dan kakju datang
bawak big apple donuts!!!!!
bestnye

petang tu mendung, gelap, guruh
hari nak hujan
yeahhhh!!!!

pergi dinner ngan kakna n kakju
kt port baru
dekat ngan umah jah

hujan turun lebat
bestnye
makan makanan panas di tengah sejuk hujan

kakna n kakju balik
jah masuk umah
tutup semua lampu
buka tingkap
tapi tutup langsir
mandi
solat

pastu duk tepi tingkap sambil kira titisan hujan
membiarkan rambut dan muka dibelai bayu hujan
sambil tu usha umah depan ;-)
depa pun buka sliding door
nak bagi angin nyaman masuk

nampak Mie
malam ni pakai kain pelikat ngan tee hitam
segaknya!
jah memang suke tengok lelaki pakai baju melayu, kain pelikat
die tak perasan agaknya
sebab jah tutup semua lampu
cuma tinggal lampu jalan di depan umah


pastu
jah baring-baring
then
11.30pm
baru teringat kat is
OMG!
lupa nak sms die malam ni
terus sms
tanya die dah tdo blum
tak reply
habisla
mesti merajuk lagi niii....

Sunday, February 15, 2009

30 hari mencari cinta - a briefing-

dah masuk 7 hari cabaran

kawan-kawan jah dah mula bagi comment
ade yang tanya siapakah calon-calon yang terlibat

baru jah sedar
jah tak bagi penerangan pun siapakah calon-calonnya
cuma bagi nama je

ok
1. En. Kekasih Gelap (Adeq)
- die muda 4 tahun
- basketball player, cute (boleh bayangkan?)
- student of Bach.engineering private varsity kt nilai
- jah kenal die melalui YM - bout 4 years ago - tak pernah jumpa
- siap dah mengorat, baru tahu die tu junior sekolah menengah jah
- mula-mula die anggap jah kawan, kemudian as senpai, then sister, sekarang panggil jah sayang
- nape jah panggil kekasih gelap? sebab die tu pastinya dah ada girlfriend yang sebaya dan lagi cantik daripada jah
- lagipun, kami dah buat deal, masing-masing bebas cari cinta, but if anything happens, we'll be shoulders to cry on for each other- so sweet, isn't it?

2. En. Umah depan (Mie)
- die muda 2 tahun
- muka ade sikit macam adeq
- diploma ukurbahan UTM, kerja utk kumpul duit masuk degree
- jah kenal die baru nak masuk 1 tahun
- nape en. umah depan? die tinggal ngan aunty die di rumah berhadapan ngan umah sewa jah
- die selalu pandang-pandang jah, menurut padi, die tunggu jah balik dari kerja setiap petang
- mula cakap ngan die selepas die jadi hero, tolong tengokkan umah jah yang black out kes masak guna rice cooker
- die mintak tolong jah ajar die MUET
- setiap petang, die datang menyapa ketika jah berkebun
- jah selalu buat-buat tanya pasal pokok dan die dengan senang hati selalu bagi nasihat pasal pokok-pokok jah
- jah suke tengok die sebab die cute, baik ngan cousin die, izah yang umur 2 tahun tu, izah dah panggil jah "cik jah" ;)
- die kata nak sambung degree, okla jah pun nak sambung master ;)

3. En. Kastam (Is)
- tua 3 tahun daripada jah
- based kt seberang perai
- padi kenalkan jah pada die
- kenal die malam raya puasa tahun lepas - baru 5 bulan
- dah pernah jumpa - muka matang n serius tapi macho - sesuai ngan nature kerja die
- die kata jah terlampau cantik dan baik untuk die
- katanye sayang pada jah - tapi tak puas enjoy lagi - so mungkin tak serius la

4. En. Army Officer (George)
- umur same ngan jah
- non muslim
- based kt sungai besi
- baru kenal from tagged.com - 1 bulan
- sibuk nak copule ngan jah - die cakap die memang suka cikgu
- die cakap tak kisah bout differences of religions etc - ntahla, ckp lelaki payah untuk dipercayai
- mungkin akan jumpa die di melaka next week

untuk NCs dan OCs, tiada penerangan terperinci sebab tiada calon khusus


untuk penerangan selanjutnya, sila tinggalkan pesanan di comment box, k

30 hari mencari cinta - hari ketujuh

ahad, 15 februari 2009

hari ke7 cabaran

jah datang awal
macam biasa
i enjoy going to work =)

is miscall kjutkan subuh
then sms tanya dah smpai ofis blum

kerja dengan bersungguh-sungguh hari ni
sangat bersemangat
entahlah
tetiba rasa bersemangat
mungkin betulla
for the past few days,
i was deep down at the bottom of the well - (read Men from Mars and Women from Venus- to understand bout this)

all classes
just conducted listening test

habis kerja
pergi lunch
ade 1 OC
happy "wink"

balik
mandi
solat
hari ni azam baru
tak nak tido petang lagi
kemas umah
basuh baju
sambil tu
jenguk umah depan

solat asar
mengaji
dengar bunyi motor
mie dah balik
baju merah hari ni
memang la naik seri kulit cerah die tu =)

moe datang tengok umah sewa
ajak k.alawiyah tengok umah sewa
mie jenguk je dari dalam umah

lepas moe balik
cangkul rumput
mie tinjau dari pagar umah die
bile jah pusing
die tunduk
hehehehe

then
macam biase
die bawak izah pusing-pusing taman naik motor
jah senyum aje

malam
buat kerja
sambil layan cd hindustan

dh tgah malam
alamak, baru teringat is
terus sms
tak ada balasan
mesti merajuk la tu...

Saturday, February 14, 2009

30 hari mencari cinta - hari keenam

sabtu, 14 februari 2009

hari ke6

jah bangun awal
bersiap
walaupun hari ni hari cuti
ada bengkel "action research" kt kolej
habis around lunch hour

so
bergerak la di awal pagi
takut jalan sibuk
sebab kebanyakan sekolah, ada sesi ganti hari ni

sampai kolej
7.40am
gelap gulita
tiada manusia
program start at 8
sah sah diorang datang sharp at 8 ni

program start
jah present proposal untuk english unit
nervous seh

hari yang boring

petang balik
kemas umah
tido
bangun siram pokok
beli aiskrim pelangi
makan sambil tengok pokok!

mak call
tanya pasal course in melaka
pening
tak settle lagi

malam
sms ngan is
is call
tanya pasal itu ini
cakap tak sabar nak kahwin
tapi duit tak kumpul lagi
lelaki memang macam tu ke?
cakap beriya-iya
tapi langsung takde usaha
macam tak serius

ni kalau ada lelaki lain yang serius ngan jah
dah sedia semuanya
dan masuk meminang
memangla
jah buat istikharah
if it is ok
i'll just accept

cinta itu penting
but practicality is more important

sesungguhnya cabaran ini lebih banyak membuka mata jah tentang emosi seorang perempuan, ego seorang lelaki, asyiknya sebuah cinta, realiti sebuah kehidupan

30 hari mencari cinta - hari kelima

jumaat, 13 februari 2009

hari ke5 cabaran
bangun lewat
subuh 6.45
ni mesti kes tido lambat lepas isyak at 3.30am

mandi
breakfast
siap-siap
pergi servis kereta
orang sangat ramai
nasib baik dah book

sambil tunggu Bie siap servis
baca Men from Mars, women from Venus

sms ngan adeq, is n mumtaz
untuk isi masa lapang

minum kopi 3 cawan
makan nasi lemak 1 bungkus

then
wah
ada sorang guy cute
tee hijau lumut
macam pernah nampak

oo, rupanya
dia tu si pemilik kembara
yang hari tu jah ngan padi jumpa waktu datang servis last time
cute!!!

hari ni nampak dari dekat
memang cute

habis 11am
balik umah
basuh baju, masak, kemas, mop lantai
sambil mop lantai kat hall
buka langsir n sliding door
nampak mie nak g solat jumaat
wah hensemnya
berbaju melayu hitam
MasyaAllah
bisa gugur jantung ku
tetiba dia pusing tengok umah jah
terus jah tunduk ;-)
nearly caught red handed...

then
mandi solat n tdo
bangun solat
siram pokok
mie tinjau dari jauh je

malam
iron baju untuk seminggu
sms ngn is
cadang nak analyse data
tapi ngantuk
terus tido

30 hari mencari cinta - hari keempat

khamis, 12 februari 2009

hari ke4 cabaran
dari awal pagi
tiada yang menarik

tiada sms, misscall mahupun call
daripada sesiapa pun

bosan

masuk kerja pun dah terasa tekanan kerja

check e-mail, ada masalah dengan CoLT
pastu settlekan pulak urusan lain

nak kena stay up untuk penggambaran majalah
1pm-5pm
estimated time

tensi2

tengah tunggu untuk penggambaran
dapat surat untuk kursus kat melaka
a sudah
camne pulak nak pergi ni

sesi habis 6pm
balik
mandi, solat
nak siram pokok
air kat paip luar pulak takde

angkut air dari bathroom dalam umah
penat

mie datang menyapa
macam biasa
tanya pasal pokok cabai yang hebat berdaun lebat dan lebar
tapi takde nye berbunga dan berbuah
pokok cabai jantan kut

malam
lepas maghrib
baca yassin

call k.nor
tanya pasal nk tumpang umah die before g melaka
die nak p bercuti
so nak kena pikir plan B

sms ngn is
t'tdo

terjaga 11.30
k.tiya call

sambung tdo

bangun 3.30 solat isyak

bersambung hari ke 5....

Wednesday, February 11, 2009

30 hari mencari cinta - hari ketiga

rabu, 11 februari 2009

dari awal pagi sampai lewat petang
Adeq YM dan SMS dan MMS

Is SMS tanya khabar

pergi B. Islam utk settle bayaran borang master
wah, manisnye pegawai B. Islam!
senyum aje la

petang, berbalas senyum dengan Mie sambil-sambil siram pokok


itu ajela

jah tengah tensi ngan timbunan kerja ;-)

Tuesday, February 10, 2009

30 hari mencari cinta - hari kedua

selasa, 10 februari 2009

bermula di awal pagi

George telefon nak ucap selamat pagi dan nak bagitau dia rindu kan jah
waktu tu dia baru habis larian pagi

sepanjang waktu kerja
Adeq sembang kat YM

lewat petang
Makan jagung rebus bersama Mie, wah jah memang suka jagung rebus!
Makan pula dengan Mie, lagi la happy =)

malam
Makan dengan one of the OCs

lewat malam
SMS dan gayut ngan Adeq till 3am

Monday, February 9, 2009

30 hari mencari cinta - hari pertama

secara "rasmi" cabaran ini dimulakan pada isnin, 9 februari 2009 jam 9pagi

calon-calon yang jah ada untuk menjayakan cabaran ini adalah:

1. En. Kekasih gelap (Adeq)
2. En. Umah Depan (Mie)
3. En. Kastam (Is)
4. En. Army Officer (George)
5. En. New Colleagues (NCs)
6. En. Old Colleagues (OCs)

1.20am 9feb,
George ade sms :
"to be able to gain succes in the future you need someone behind to share your tears and happiness and i would be happy to be that someone"

7.00am 9feb,
Adeq misscall

10.00am-12pm 9feb
Adeq sembang kt YM

4.30 pm, 9feb,
one of the NCs jawab salam jah waktu dlm multimedia room

that's all for the first day

jadi, mr emcee, blh kira tak yang start dari 1.20 pagi tu?


gambatte!

Sunday, February 8, 2009

30 hari mencari cinta

jah nk dah nak sambut ulang tahun ke 25 lagi 30 hari

jadi kawan-kawan jah cabar jah

cabaran 30 hari mencari cinta...

bermula hari ini

Monday, February 2, 2009

ade sape-sape nak g dating dengan jah?

jah rasa macam nak pergi dating je

nak g tgok sunset

nak g tgok wayang

huhuhuhu

tapi nak g ngan sape?


tak tahu a nape jadi camni

huhuhu

gangguan hormon kah?