Assalamualaikum
Bertemu lagi pada hari ini 13 Ramadhan 1428H, bersamaan Selasa September 25, 2007.
Sekian lama tak mencurah rasa. Agak sibuk dengan bebanan tugasan semester akhir.
Namun hati tetap terusik dengan berita penemuan adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, yang telah hilang sejak hampir sebulan yang lalu. Bagaimana hati ini tidak terusik tatkala mengetahui bahawa penemuan adik Nurin itu adalah dalam keadaan tidak lagi bernyawa, sedangkan saya turut mengikuti perkembanagn kehilangan dan usaha-usaha mencari beliau.
Tatkala menonton Buletin Utama 17 September yang memaparkan berita penemuan mayat kanak-kanak perempuan di dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya, dan didapati bahawa kanak-kanak itu maut akibat penderaan seksual, hati ini terus berdoa agar yang ditemui itu bukannya Nurin.
Namun Allah Maha Besar dan Dialah penentu segalanya. Walaupun pada mulanya, tidak ketara secara fizikal bahawa kanak-kanak malang itu adalah Nurin, namun Dia yang Maha Kuasa telah memperlihatkan tanda-tanda bahawa kanak-kanak malang itu adalah Nurin Jazlin Jazimin.
Dan Dia juga telah membuka mata dan hati ahli keluarga Nurin untuk menerima kenyataan bahawa takdirNya Nurin telah kembali kepadaNya. Innalillahi Inna Ilaihi Raji'un, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Apa yang berlaku telah tersurat di sana, namun mengapa boleh ada makhluk yang bernama manusia yang sanggup melakukan sedemikian perbuatan yang tak bertamadun, rakus, kejam dan sadis terhadap adik kecil yang sudah pun menderita kerana penyakit darah tinggi dan buah pinggang? Ke mana hilangnya perikemanusiaan dan simpati? Apakah sudah lupa akan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini? Semoga si durjana ni berjaya ditangkap dan dihukum setimpalnya dunia dan akhirat.
yang berlaku telah berlaku, let bygone be bygone. Namun pemergian Nurin sepatutnya membuka mata semua lapisan masyarakat untuk sama-sama mengawasi generasi anak-anak kecil kita. Dunia hari ini tidak lagi selamat seperti dahulu. Kanak-kanak tidak lagi boleh bebas ke mana-mana tanpa pengawasan orang dewasa.
Buat keluarga En Jazimin Abdul Jalil, takziah diucapkan, diharap dapat redha dan menerima segala yang berlaku dengan tabah.
Buat pihak berkuasa, jalankan tugas anda dan pastikan si penjenayah ini dapat ditangkap dan dihukum sewajarnya.
Buat seluruh lapisan masyarakat dan diri sendiri, awasi kanak-kanak di sekeliling anda. Peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran anda.
Buat anak-anak kecil, patuhi nasihat ibu bapa dan orang yang lebih tua. Jangan mudah percaya orang yang tak dikenali.
akhirnya, buat Allahyarham Adik Nurin Jazlin Jazimin, al - Fatihah. Semoga rohmu dicucuri rahmatNYa.
wassalam. 0155 september 25, 2007. akasia
No comments:
Post a Comment