Monday, November 9, 2009

saya rindu awak!

awak
saya tertengok gambar awak
terus jantung berdebar-debar
perasaan bercampur aduk

rindu, suka, sayang, pilu..
saya pasti awak tak tahu perasaan saya

kan bagus
kalau awak tahu perasaan saya
kalau awak rasa apa yang saya rasa


awak,
saya rasa awak tahu siapa awak

Sunday, November 8, 2009

gembira kembali ;p

akhirnya kelas masters untuk semester pertama dah tamat semalam.
yeay!
diakhiri dengan 2 kuiz yang jah terlepas sebab mak sakit..
walaupun dah ulangkaji, tapi masih tak tahu nak jawab ape..
huhuhuhu
semester pertama ni jadi pengajaran.
apepun harap keputusan cemerlang, amin

semester depan nak lakukan lagi baik..

apa yang best, lepas kuiz ade makan-makan ! \(^0^)/
jah siap tapau lagi.. hehehehe

Tuesday, October 27, 2009

penyejuk hati yang rusuh...

bila engkau letih dan hilang semangat
ALLAH tahu engkau telah mencuba sedaya upaya
bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka
ALLAH telah mengira titis air matamu


Bila engkau rasa ketinggalan
dan masa meninggalkanmu
ALLAH tetap bersamamu

bila engkau kebuntuan
maka ALLAH adalah penunjuk jalan
apabila engkau telah berazam...
maka bertawakkallah kepada ALLAH

taken from iluvislam.com

Thursday, October 15, 2009

hujan

khamis 15 oktober 2009
1602
no.35

hujan lebat
setelah seminggu tak hujan

jah nak sambung tidur

penat fikir
masalah pertindihan cuti, kelas master, kursus, etc...

Tuesday, September 8, 2009

cabaran di perantauan

kita tak perlu pergi jauh ke seberang laut, ke negara orang
untuk merasai cabaran hidup di perantauan
cukup sekadar berada di sebuah negeri yang berlainan daripada tempat asal kita
walaupun masih ada di dalam negara yang sama
namun jerih perih cabaran itu tetap dirasai
lebih-lebih lagi
apabila merantau seorang diri

di bulan ramadhan yang mulia ini
hati terasa sangat sayu
jah sedih sangat
sejak lahir,
tahun ni dah masuk
tahun ke 13 jah berpuasa jauh daripada keluarga
tahun ke-8 jah berpuasa di luar terengganu
tahun ke-2 jah bangkit sahur dan berbuka puasa seorang diri

jah suka masak sendiri
jah tak suka pergi bersesak di bazar ramadhan
ramai orang
makanan tak tentu lagi sedap
(baik masak sendiri lagi sedap)
tak tentu lagi sihat dan selamat untuk dimakan
makanan yang tak menurut citarasa tekak dan perut orang pantai timur seperti jah
walaupun begitu, biasanya jah tetap pergi bazar

cuma tahun ni
jah nekad tak nak pergi bazar
dan hari ni
masuk hari ke18 puasa
jah belum lagi jejakkan kaki di bazar ramadhan di kawasan ini

sudah 3 hari gas masak di rumah habis
semua kedai di kawasan ini pun dah habis bekalan gas
jah takde pilihan
terpaksa pergi beli makanan kat kedai makan
walaupun dipandang aneh oleh penduduk setempat
(jah pelik kenapa diorang suka pandang macam tu)
adakah sebab jah perempuan, maka salah pergi kedai makan,
seperti malas atau tak tahu masak di mata mereka
atau sebab jah pergi seorang diri
nampak jah macam ...?

apa pun pandangan mereka
jah tetap pergi kedai makan
beli makanan yang panas
bukannya jah suruh diorang bayar apa yang jah makan

jah tak akan pergi bazar ramadhan


s.e.d.i.h.

gas petronas, cepatlah hantar bekalan di p.sena

Monday, September 7, 2009

mengantuk

jah sedang berusaha menyiapkan layout untuk website (assignment)
sekadar gunakan ms office word
tapi tak pandai-pandai jugak lagi
mata dah mengantuk...

patut pergi tidur je ke?
esok keje
nak kena bangun awal
sahur

ok
jom tido

x larat dah...

malam esok sambung lagi, jah

Wednesday, August 19, 2009

kat mana nak cari jodoh?

jah percaya jodoh itu dah ditakdirkan olehNya
tapi kena usaha jugak

kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya


masalahnya,
kat mana nak cari ruyung?