Wednesday, September 5, 2007

cinderella cinta ...



salam

alhamdulillah
saya dah berjaya habiskan membaca Cinderella Cinta (John Norafizan) minggu yang lalu. Dinda Nae berikannya pada 4pm Isnin Ogos 27.

setibanya di kolej, terus saya uliti sang Cinderella itu. dan akhirnya tepat jam 6.30pm hari yang sama, saya telah mencerna seluruh isi novel itu.
perasaan:
  • puas hati - dapat baca, dah lama saya tunggu karya john selepas Sempadan Tanpa Seri dan Tunjukkan Aku Satu Bintang
  • gembira - dapat habiskan pembacaan, tiada anasir gangguan ;)
  • kagum - penulisan yang begitu hebat, plot yang menarik, tema yang agak berat, "unexpected ending" saya suka!
  • berterima kasih - domo john san, saya dapat hilangkan tensi thesis dengan karya anda
buat John, kudos on the great work, keep on writing more interesting, and challenging novels!

i'm looking forward to read them ;)

p/s: andai waktu terluang, nanti saya tampilkan "my personal review" untuk semua karya John Norafizan

No comments: