Friday, April 1, 2011

Mac yang ditinggalkan

mac 2011 dah berlalu tanpa jah coretkan apa-apa pun di blog ni.

mac 11, 2011 jah genap 27 tahun.
alhamdulillah, jah sambut hari lahir seorang diri di pokok sena.
en suami dah datang minggu lepas, hadiah birthday pun dah bagi awal,
terima kasih, abang.
jah cinta abang :)))

apa nak buat? biasanya zaman kat umah dulu, masa birthday jah, mak akan masak nasi ayam dan diiringi dengan sirap bandung. bestnye!

ni duk sorang-sorang, boleh jugak masak nasi ayam. senang je.
so, jah masak nasi ayam. tapi, takde la sirap bandung.
sambil online fb bersama k.nor yang sibuk nak packing brg utk ke Tokyo malam tu.

Allah Maha Berkuasa.
sekitar 2pm jumaat itu,
wall fb dipenuhi berita gempa bumi melanda Jepun dengan magnitud 8.9.
diikuti dengan tsunami.
semua dapat dilihat dengan jelas dan pantas dengan kepakaran teknologi negara matahari terbit itu.

Alhamdulillah, k.nor dan famili belum berangkat.
namun doa tetap jah kirim untuk seluruh rakyat Jepun, semoga tabah menghadapi ujian Allah ini.

siapa sangka, saat jah gembira memasak dan menikmati nasi ayam sempena ulang tahun kelahiran, ada malapetaka bakal menimpa.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya.