telipot itu sejenis bunga yang amat kukuh, cantik dan teguh. saya berharap, saya dapat menjadi seperti si bunga telipot ini.
Monday, September 24, 2007
Al - Fatihah buat Allahyarham Adik Nurin Jazlin Jazimin
Bertemu lagi pada hari ini 13 Ramadhan 1428H, bersamaan Selasa September 25, 2007.
Sekian lama tak mencurah rasa. Agak sibuk dengan bebanan tugasan semester akhir.
Namun hati tetap terusik dengan berita penemuan adik Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, yang telah hilang sejak hampir sebulan yang lalu. Bagaimana hati ini tidak terusik tatkala mengetahui bahawa penemuan adik Nurin itu adalah dalam keadaan tidak lagi bernyawa, sedangkan saya turut mengikuti perkembanagn kehilangan dan usaha-usaha mencari beliau.
Tatkala menonton Buletin Utama 17 September yang memaparkan berita penemuan mayat kanak-kanak perempuan di dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya, dan didapati bahawa kanak-kanak itu maut akibat penderaan seksual, hati ini terus berdoa agar yang ditemui itu bukannya Nurin.
Namun Allah Maha Besar dan Dialah penentu segalanya. Walaupun pada mulanya, tidak ketara secara fizikal bahawa kanak-kanak malang itu adalah Nurin, namun Dia yang Maha Kuasa telah memperlihatkan tanda-tanda bahawa kanak-kanak malang itu adalah Nurin Jazlin Jazimin.
Dan Dia juga telah membuka mata dan hati ahli keluarga Nurin untuk menerima kenyataan bahawa takdirNya Nurin telah kembali kepadaNya. Innalillahi Inna Ilaihi Raji'un, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Apa yang berlaku telah tersurat di sana, namun mengapa boleh ada makhluk yang bernama manusia yang sanggup melakukan sedemikian perbuatan yang tak bertamadun, rakus, kejam dan sadis terhadap adik kecil yang sudah pun menderita kerana penyakit darah tinggi dan buah pinggang? Ke mana hilangnya perikemanusiaan dan simpati? Apakah sudah lupa akan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini? Semoga si durjana ni berjaya ditangkap dan dihukum setimpalnya dunia dan akhirat.
yang berlaku telah berlaku, let bygone be bygone. Namun pemergian Nurin sepatutnya membuka mata semua lapisan masyarakat untuk sama-sama mengawasi generasi anak-anak kecil kita. Dunia hari ini tidak lagi selamat seperti dahulu. Kanak-kanak tidak lagi boleh bebas ke mana-mana tanpa pengawasan orang dewasa.
Buat keluarga En Jazimin Abdul Jalil, takziah diucapkan, diharap dapat redha dan menerima segala yang berlaku dengan tabah.
Buat pihak berkuasa, jalankan tugas anda dan pastikan si penjenayah ini dapat ditangkap dan dihukum sewajarnya.
Buat seluruh lapisan masyarakat dan diri sendiri, awasi kanak-kanak di sekeliling anda. Peka terhadap apa yang berlaku di persekitaran anda.
Buat anak-anak kecil, patuhi nasihat ibu bapa dan orang yang lebih tua. Jangan mudah percaya orang yang tak dikenali.
akhirnya, buat Allahyarham Adik Nurin Jazlin Jazimin, al - Fatihah. Semoga rohmu dicucuri rahmatNYa.
wassalam. 0155 september 25, 2007. akasia
Thursday, September 13, 2007
bila berbicara tentang cinta, hati dan perasaan...
salam,
Hari ini Khamis, 1 ramadhan 1428H, 13 sept 2007Hari khamis seperti biasa adalah hari libur buat saya, hari untuk bersenang, berehat dan hari untuk bereskan housekeeping ;)
Tetapi memandangkan hari ini 1 ramadhan, dan saya pula tak berapa sihat - asthma attack lagi, lalu saya putuskan untuk duduk saja di hadapan pc sambil 'retype' article untuk article review prof dr shariff omar. kenapa la prof nak suruh taip balik satu artikel? tak relevan la prof. kami semua bukannya penuntut office management, tapi TESL.
Lalu saya pun mula lah menekan papan kekunci untuk menyiapkan taipan semula satu artikel yang terrangkum dalam 6 helaian. kletuk, kletak, kletuk, kletak. nasib baik adik-adik INTEC pergi kelas, kalau tak, mesti diorang tensi dengar bising saya menaip. Tambah lagi kat luat bilik ni, ada construction tengah renovate bangunan, bising betul.
Tatkala terasa bosan, saya terus je 'berlayar' ke blog kak su; buat menyapu si ayer mata. saya memang suka karya kak su seperti Surat Ungu Untuk Nuha, Tanah Andriyana dan lain-lain. kini kak su muncul lagi di blognya dengan karya Kebun Mimpi, yang saya kira sambungan bagi novel Keranamu Ain. Hari ini saya terpikat apabila terbaca tentang Cinta dan Perkahwinan oleh Plato dalam episod 24 Kebun Mimpi. Kak su, izinkan saya kongsi pandangan Plato tu dalam blog saya ni, ya.
Perkara: Cinta & Perkahwinan
Suatu ketika Plato terlibat dengan perbincangan dengan gurunya...
Plato bertanya makna cinta dan gurunya pun menjawab:
"Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah sebatang ranting yang pada pandangan kamu paling baik, tetapi kamu haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada ketika kamu sudah menetapkan pilihan kamu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato:
"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang sangat bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka pada akhirnya saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."
Guru itu pun berkata: "Itulah cinta"
Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan
Guru pun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini kamu haruslah membawa satu pohon yang kamu fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."
Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: "Saya dapati banyak pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya juga tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon ini yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir saya mampu membawanya, karena mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini karena saya yakin bisa merawatnya dan menjadikannya indah."
Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkahwinan."
Monday, September 10, 2007
salam ramadhan dari mengabang...
Wednesday, September 5, 2007
merenung masa depan dalam kenangan masa lalu
hari ini Khamis, September 6, 2007
Seminggu yang lalu pada hari ini saya sibuk bersiap untuk pulang bercuti di kampung halaman tercinta sempena cuti umum hari Kebangsaan ke 50.
Sesekali terasa ingin ketawa mengenangkan kembali bagaimana saya dan teman, Aliz berusaha untuk keluar dari pagar kolej yang dikawal ketat oleh Resident Staff yang menyuruh kami ke kampus induk UiTM Malaysia untuk sambutan ambang merdeka peringkat IPTA
Terkilan juga sebab tak dapat menyertai sambutan besar-besaran di UiTM Malaysia. Apakan daya, rindu pada ayahbonda, kaum keluarga dan kampung halaman lebih menggamit perasaan. Bukan tidak patriotik, bukan tidak mengenang jasa pejuang kemerdekaan, tapi rasanya saya tetap ada cara tersendiri untuk sambut kemerdekaan ke 50 ini.
Belajar sungguh-sungguh,
berjaya dengan cemerlang,
curahkan bakti pada anak bangsa
buat balasan untuk pejuang kemerdekaan yang telah bermandi darah,
keringat
dan air mata
untuk mencapai kemerdekaan
macam klise, tapi itulah harapan dan impian saya
Maka biar saja saya mengisi kemerdekaan itu dengan mendidik anak bangsa kelak.
Moga-moga generasi baru ini lebih menghargai dan mengisi ruang kemerdekaan ini dengan lebih mantap. insyaallah
cinderella cinta ...
salam
alhamdulillah
saya dah berjaya habiskan membaca Cinderella Cinta (John Norafizan) minggu yang lalu. Dinda Nae berikannya pada 4pm Isnin Ogos 27.
setibanya di kolej, terus saya uliti sang Cinderella itu. dan akhirnya tepat jam 6.30pm hari yang sama, saya telah mencerna seluruh isi novel itu.
perasaan:
- puas hati - dapat baca, dah lama saya tunggu karya john selepas Sempadan Tanpa Seri dan Tunjukkan Aku Satu Bintang
- gembira - dapat habiskan pembacaan, tiada anasir gangguan ;)
- kagum - penulisan yang begitu hebat, plot yang menarik, tema yang agak berat, "unexpected ending" saya suka!
- berterima kasih - domo john san, saya dapat hilangkan tensi thesis dengan karya anda
i'm looking forward to read them ;)
p/s: andai waktu terluang, nanti saya tampilkan "my personal review" untuk semua karya John Norafizan
Tuesday, September 4, 2007
merdeka ke50...rakaman memori indah di mengabang telipot
salam
merdeka kali ini paling bererti. kenapa?
- Saya dapat bersama seluruh rakyat Malaysia yang lain meraikan hari gemilang ini dalam keadaan aman damai, sentosa dan selamat. Alhamdulilah dan terima kasih para pejuang kemerdekaan dan pemimpin negara tecinta
- Saya dapat bertemu hampir keseluruhan ahli keluarga saya di kampung halaman; kak long&abang long, abang mat&kak linda, kak nor&abang wan, abang pih, dinda nae, dan dinda padi. Juga tak dilupakan hero-hero kecil: irsyad fauzi, ikhwan, hafizul@hakim, aidyd zaim danish, ashriq naufal danish dan harris. Juga heroin tunggal, azrah. terima kasih juga dengan kehadiran kak ani, dapatlah kami sekeluarga pergi berlibur di tepi pantai. Sedih juga kak na dan kak ju tak balik, tapi tak mengapa ketemu nanti di hari lebaran, insyaallah.
- Saya dapat melepaskan tekanan dan melupakan bebanan AE juga "assignments" lain yang sedang menunggu untuk disempurnakan.
- Saya berpeluang menikmati pelbagai juadah eksotik yang menyelerakan yang hanya boleh didapati apabila berada di kampung halaman; tempoyak, petai, singgang, pecal jantung pisang, gulai udang, nasi berlauk ikan aya, kuih lembek, bihun sup, "coconut shake"
- Saya juga dapat melepaskan rindu pada bunyi ombak dan desiran angin di tepi mengabang ;)
Buat semua, ketemu lagi di lebaran nanti. Dinda nae, memandangkan awak nak balik lagi hujung minggu ni, kirimin salam sayang danrindu buat abah, mak , kak long dan famili, ya. juga salam buat sang ombak dan pantai ....