Friday, February 5, 2010

cabaran sebagai satu peluang

hari ni pakcik potong rumput datang. dah terang skit laman umah jah. tapi ntah kenapa jah rasa tak puas hati. mungkin sebab potong tak kemas. sambil sapu rumput-rumput tu, jah kena cabut sendiri mana-mana tunggul rumput yang tertinggal. banyak la jugak.

hmm. rasa nak marah pun ade. sebab tangan dah pedih. badan dah basah dengan peluh. lepas tu jah fikir balik, mungkin pakcik tu tak fokus sebab cuaca panas sangat. mungkin die nak cepat balik sebab nak solat asar. takpelah. jah siap terfikir nak pindah umah lain yang takde laman supaya tak payah bayar upah panggil pakcik potong rumput. tapi jah minat berkebun, dan bukan senang nak cari umah sewa macam yang jah duduk sekarang; jiran-jiran baik, dekat dengan kedai, banyakla lagi kelebihan


tetiba jah terfikir, mungkin jah ditakdirkan Allah kena cabut tunggul rumput yang tinggal supaya jah bersenam, aktif dan keluar peluh. puncanya, sejak malam tadi, jah duduk mengadap laptop, melayari internet, cari bahan untuk siapkan assignment. sambil tu makan berkali-kali. sekejap-sekejap pergi dapur, buka peti ais, makan coklat, minum air. Allah nak bagi rezeki kat pakcik zali, rezeki hari jumaat. maka Allah gerakkan hati pakcik zali datang potong rumput, tapi dengan tak kemas, supaya jah ringankan tulang, aktifkan badan dengan cabut rumput, supaya bakar lemak terlebih dalam badan.. Alhamdulillah, terbakar juga lemak kat badan jah, walaupun tak banyak, cukuplah untuk hari ni. setidak-tidaknya , jah dah bersenam untuk 10 minit dan laman umah pun dah bersih :)


2 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

cycling, gardening and swimming adalah aktiviti yang cukup bagus untuk menjaga kesihatan.

pesanan budak medik.

izah hamid said...

tq, deq mun..
t ade pesanan dan tips bermanfaat, cakap kt k.fzah, k ;)