dah lama jah tak coretkan seuatu di sini..
alasan sibuk mungkin kedengaran lapuk dan "cliche", tapi itu kenyataan yang jah hadapi
masih gagal dalm merancang pengurusan waktu yang bijak,
jah masih cuba menyesuaikan dan mendisiplinkan diri
entri kali ini, untuk berkongsi maksud kalimah arab yang biasa kite guna dalam hidup sehari-hari..
kadang-kadang jah ingat maksudnye, kadang-kadang tak pasti, betul tak penggunaannya untuk situasi tertentu
tadi jah meneroka google dan menemui maksud kalimah-kalimah ini di salah satu forum, dijawab oleh penulis yang mempunyai laman web: http://www.amir.com.my
1. Lailahaillallah : Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah...(mesti tambah yang layak disembah...kerana tuhan yang batil banyak)
2. Subhanallah : Maha suci Allah
3. Alhamdulillah : Segala pujian bagi Allah
4. Masya-Allah : Apa yang dikehendaki oleh Allah (perkataan ini selalu diucapkan juga untuk melahirkan tajaub/rasa respek atau seumpamanya kita pada sesuatu)
5. Insya-Allah : jika dikehendaki oleh Allah (sangat digalakkan mengucapkan perkataan ini dalam merancang sesuatu)
6. Jazakallah Khuhairan : Dikurniakan ke atas engkau oleh Allah kebaikan (digunak untuk mengucapkan terima kasih)
7. Astaghfirullahalazim : aku memohon pengampunan dari Allah Yang Maha Hebat
8. Lahaulawalaquwataillabillah : tiada kehebatan dan kekuatan kecuali dengan Allah
9. Innalillahiwainnailaihirooji'un : Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali
terima kasih kepada saudara amir, kerana berkongsi ilmu ini. sesungguhnya adalah lebih baik untuk kita mengucapkan sesuatu yang kita faham dan yakini maksudnya kerana pengucapan itu juga merupakan satu doa
No comments:
Post a Comment