jah sering tertanya-tanya dan terfikir, kenapa agaknya doa-doa jah tak dimakbulkan?
1. mungkin amal jah belum cukup atau masanya belum tiba, maka Allah 'tangguh' dahulu perkenan doa jah
2. mungkin doa jah dimakbulkan, tapi dalam bentuk yang lain. Contohnya, jah pernah berdoa, "Ya Allah, kalau benarlah dia ini jodohku yang mampu memimpinku ke arah kebaikan dan lebih dekat kepadaMu, tunjukkanlah tandanya, dan jika dia adalah sebaliknya, tunjukkanlah kepadaku".. dan tak lama kemudian, hubungan jah dan dia diam begitu sahaja.. jah tertanya-tanya.. fikir kembali, mungkin dia bukan jodoh buat jah, Allah dah perkenan doa jah dalam bentuk begitu.,
3. mungkin juga apa yang jah pohon hanyalah kehendak hati, sedangkan keperluan realiti adalah berbeza. Semalam jah terdengar bingkisan ini di sinarfm,
"Ku memohon padaMu ya Allah, diberikan mawar kembang mewangi, Kau kurniakan aku kaktus berduri. Ku pohon agar diberikan kupu-kupu indah, aku dikurniakan ulat berbulu. Aku sedih, menangis, merintih, kenapa ini yang Kau berikan padaku? Namun kemudian, kaktus berduri itu berbunga dengan kembang merah yang menarik sekali, dan ulat itu menjelma menjadi rama-rama cantik. Alhamdulillah, kini aku mengerti, Kau berikan aku apa yang aku perlukan, bukannya apa yang aku perlukan, kerana Kau maha mengetahui"
bersyukurlah dengan apa yang kite kecapi, sesungguhnya setiap yang terjadi ke atas kita mengandungi hikmah tersendiri, untuk kita renungkan dan kembali kepadaNya.
No comments:
Post a Comment