Friday, February 5, 2010

cabaran sebagai satu peluang

hari ni pakcik potong rumput datang. dah terang skit laman umah jah. tapi ntah kenapa jah rasa tak puas hati. mungkin sebab potong tak kemas. sambil sapu rumput-rumput tu, jah kena cabut sendiri mana-mana tunggul rumput yang tertinggal. banyak la jugak.

hmm. rasa nak marah pun ade. sebab tangan dah pedih. badan dah basah dengan peluh. lepas tu jah fikir balik, mungkin pakcik tu tak fokus sebab cuaca panas sangat. mungkin die nak cepat balik sebab nak solat asar. takpelah. jah siap terfikir nak pindah umah lain yang takde laman supaya tak payah bayar upah panggil pakcik potong rumput. tapi jah minat berkebun, dan bukan senang nak cari umah sewa macam yang jah duduk sekarang; jiran-jiran baik, dekat dengan kedai, banyakla lagi kelebihan


tetiba jah terfikir, mungkin jah ditakdirkan Allah kena cabut tunggul rumput yang tinggal supaya jah bersenam, aktif dan keluar peluh. puncanya, sejak malam tadi, jah duduk mengadap laptop, melayari internet, cari bahan untuk siapkan assignment. sambil tu makan berkali-kali. sekejap-sekejap pergi dapur, buka peti ais, makan coklat, minum air. Allah nak bagi rezeki kat pakcik zali, rezeki hari jumaat. maka Allah gerakkan hati pakcik zali datang potong rumput, tapi dengan tak kemas, supaya jah ringankan tulang, aktifkan badan dengan cabut rumput, supaya bakar lemak terlebih dalam badan.. Alhamdulillah, terbakar juga lemak kat badan jah, walaupun tak banyak, cukuplah untuk hari ni. setidak-tidaknya , jah dah bersenam untuk 10 minit dan laman umah pun dah bersih :)


Thursday, February 4, 2010

kehendak lawan keperluan

salam jumaat

jah sering tertanya-tanya dan terfikir, kenapa agaknya doa-doa jah tak dimakbulkan?

1. mungkin amal jah belum cukup atau masanya belum tiba, maka Allah 'tangguh' dahulu perkenan doa jah
2. mungkin doa jah dimakbulkan, tapi dalam bentuk yang lain. Contohnya, jah pernah berdoa, "Ya Allah, kalau benarlah dia ini jodohku yang mampu memimpinku ke arah kebaikan dan lebih dekat kepadaMu, tunjukkanlah tandanya, dan jika dia adalah sebaliknya, tunjukkanlah kepadaku".. dan tak lama kemudian, hubungan jah dan dia diam begitu sahaja.. jah tertanya-tanya.. fikir kembali, mungkin dia bukan jodoh buat jah, Allah dah perkenan doa jah dalam bentuk begitu.,
3. mungkin juga apa yang jah pohon hanyalah kehendak hati, sedangkan keperluan realiti adalah berbeza. Semalam jah terdengar bingkisan ini di sinarfm,

"Ku memohon padaMu ya Allah, diberikan mawar kembang mewangi, Kau kurniakan aku kaktus berduri. Ku pohon agar diberikan kupu-kupu indah, aku dikurniakan ulat berbulu. Aku sedih, menangis, merintih, kenapa ini yang Kau berikan padaku? Namun kemudian, kaktus berduri itu berbunga dengan kembang merah yang menarik sekali, dan ulat itu menjelma menjadi rama-rama cantik. Alhamdulillah, kini aku mengerti, Kau berikan aku apa yang aku perlukan, bukannya apa yang aku perlukan, kerana Kau maha mengetahui"

bersyukurlah dengan apa yang kite kecapi, sesungguhnya setiap yang terjadi ke atas kita mengandungi hikmah tersendiri, untuk kita renungkan dan kembali kepadaNya.

Monday, February 1, 2010

jangan setakat sebut, fahami makna dan amalkannya ...

salam..

dah lama jah tak coretkan seuatu di sini..
alasan sibuk mungkin kedengaran lapuk dan "cliche", tapi itu kenyataan yang jah hadapi
masih gagal dalm merancang pengurusan waktu yang bijak,
jah masih cuba menyesuaikan dan mendisiplinkan diri

entri kali ini, untuk berkongsi maksud kalimah arab yang biasa kite guna dalam hidup sehari-hari..
kadang-kadang jah ingat maksudnye, kadang-kadang tak pasti, betul tak penggunaannya untuk situasi tertentu

tadi jah meneroka google dan menemui maksud kalimah-kalimah ini di salah satu forum, dijawab oleh penulis yang mempunyai laman web: http://www.amir.com.my

1. Lailahaillallah : Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah...(mesti tambah yang layak disembah...kerana tuhan yang batil banyak)
2. Subhanallah : Maha suci Allah
3. Alhamdulillah : Segala pujian bagi Allah
4. Masya-Allah : Apa yang dikehendaki oleh Allah (perkataan ini selalu diucapkan juga untuk melahirkan tajaub/rasa respek atau seumpamanya kita pada sesuatu)
5. Insya-Allah : jika dikehendaki oleh Allah (sangat digalakkan mengucapkan perkataan ini dalam merancang sesuatu)
6. Jazakallah Khuhairan : Dikurniakan ke atas engkau oleh Allah kebaikan (digunak untuk mengucapkan terima kasih)
7. Astaghfirullahalazim : aku memohon pengampunan dari Allah Yang Maha Hebat
8. Lahaulawalaquwataillabillah : tiada kehebatan dan kekuatan kecuali dengan Allah
9. Innalillahiwainnailaihirooji'un : Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali

terima kasih kepada saudara amir, kerana berkongsi ilmu ini. sesungguhnya adalah lebih baik untuk kita mengucapkan sesuatu yang kita faham dan yakini maksudnya kerana pengucapan itu juga merupakan satu doa

Monday, January 25, 2010

Thursday, January 21, 2010

tahun baru

tahun baru 2010..

azam jah tahun ni untuk jadi positif, sayangi diri sendiri dan luangkan lebih masa bersama keluarga tercinta. jah tak mahu rancang azam banyak-banyak macam 2009. ade 20. tapi yang tercapai hanya 3. alhamdulillah, tercapai jugak.
apepun, untuk tahun ni, itu lah yang jah mahu.

tahun-tahun sebelum, jah tertekan dan cemburu dengan rakan-rakan yang dah berjaya menemui belahan jiwa masing-masing. jah gembira, tapi jauh di sudut hati, tertanya-tanya kenapa jah belum bertemu si dia?

jika dulu, jah cuba lupakan mereka yang pernah mengguris hati jah.. sebenarnya mereka melayan jah seperti kawan biasa, tapi jah yang terlebih menaruh perasaan.. atau mungkin juga terperasan lebih.. cuba lupakan, delete phone number, email, etc. tp 1, 2 bulan kemudian, bile mereka sms, jah layan balik.. bodohkan? cukuplah, jadi bodoh, jah. umur makin meningkat, pemikiran dan tindakan wajar menjadi semakin matang.

sebab tu, jika tahun 2009, salah satu azam, untuk menemui kekasih hati. tahun 2010 dah tak wujud lagi azam itu. kuburkan sahaja daripada ingatan. berkasih tak semestinya bahagia. kerana bahagia itu relatif. seperti kata rakan lelaki jah, "why do u want to destroy yourself just because of guys?, you are educated and professional, live your life to the fullest. don't let people see and think that ladies are so easy to be fooled when it comes to love"

Wednesday, December 30, 2009

Erti tangisan wanita

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

renungkan lah...
kepada wanita ;
Anda akan menambah harga diri wanita!

kepada kaum lelaki ;
supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

Tuesday, December 29, 2009

hari-hari terakhir 2009

rabu 30122009

tahun akan berganti
usia akan meningkat

jah x de nk harap ape-ape yg special untuk 2010
cukup sekadar:
1. famili sihat
2. kerja ok
3. masters getting better

itu sahaja
jangan ditanya soal hati
kalau boleh bungkus, n simpan dalam peti ais,
jah dah buat, supaya jgn cepat jatuh perasaan pada orang yang tak berperasaan