perkara biasa untuk ibu bapa hantar anak-anak belajar tinggi.
harapan nanti dapat kerja yang bagus, lebih baik daripada mereka.
namun kerja yang bagus itu pun menuntut satu pengorbanan.
jarang-jarang si anak dapat kerja yang bagus di kampung halaman.
maka tinggallah si ibu dan ayah berdua di kampung.
mungkin mereka bangga dengan kejayaan anak-anak.
tapi pasti sesekali terusik di hati mereka tatkala anak-anak susah untuk pulang menziarah kerana tuntutan kerja.
dan apabila mereka bertambah tua, lumrah alam, badan makin tak sihat..
anak-anak tiada di sisi untuk menjaga.
ini yang jah fikir sekarang.
dan sudah lama sebenarnya.
abah makin berusia, kudrat dah tak seperti dulu.
mak sedang sakit sejak 5 bulan yang lalu.
sekarang abah yang menjaga emak.
alhamdulillah, k.long sekeluarga tinggal bersebelahan.
tapi, kak long pun kerja, dah banyak kali jugak k.long mntk kluar masa waktu kerja utk tengokkan emak.
balik kerja pun k.long uruskan emak.
dan tengok makan minum abah.
dan kak long juga ada keluarga sendiri, di situ tanggungjawabnya yang lebih utama; kepada suami dan anak-anak.
alhamdulillah, abang long memahami.
kami adik beradik yang lain semua belajar atau bekerja jauh daripada rumah.
untuk balik tengok dan jaga abah emak seminggu sekali agak sukar.
dan kami sedih dengan keadaan ini sebenarnya.
kadang-kadang jah terfikir berbaloikah mengejar gaji yang tak seberapa sedangkan famili sendiri tak terjaga?
tapi terpaksa tunduk kepada keperluan dunia.
sebab tu, kalau ada cuti yang sesuai, jah memang akan balik umah kaler oren.
jah risaukan mak.
jah risaukan abah.
cuma boleh dengar khabar mereka.
nak balik jumpa agak sukar; sibuk dengan kerja dan studi.
jah sering ingatkan diri: jangan sampai menyesal nanti.
alhamdulilla, en suami akan balik ke umah kaler oren untuk menjenguk emak dan abah bagi pihak jah.
jazakallahu khairan kathiran, abang.
dan juga kepada mak dan ayah mertua yang memahami.
mak dah kurang selera makan, muka cengkung, suara dah tak berdaya.
kalau dulu, setiap dua hari jah akan call mak atau mak akan call,
untuk tanya khabar dan bersembang pasal pokok bunga dan perihal anak-anak dan cucu-cucu mak.
sekarang, jah rindu suara mak.
tak berani nak call sebab takut mak tidur.
mak susah nak tidur malam sebab sakit yang teramat.
kadang-kadang mak berjaya tidur sekejap pada waktu siang.
kaki kanan bernanah disebabkan jangkitan kuman.
mak tak menghidap diabetes, jadi puncanya tak pasti.
jangkitan kuman di jari kaki makin merebak,
dah cuba macam-macam cara; tradisional dan moden; jumpa doktor biasa dan doktor pakar.
sakit bertambah teruk
kaki kiri pula tak boleh bergerak, tak tahu apa punca.
sekarang, mak cuma terlantar di tengah ruang tamu.
abang-abang, kakak dan adik-adik jah dah balik ke umah kaler oren sempena cuti tahun baru cina.
mereka mohon cuti awal, untuk pulang menjenguk mak dan abah.
cuma jah dan k.na yang masih di sini.
kerana tak dapat mohon cuti.
dan tadi, padi, adik jah telefon beritahu
kami ramai-ramai pergi klinik.
bawak mak jumpa doktor.
"doktor sarankan dua jari kaki kanan mak yang terkena jangkitan kuman tu dipotong, sel dah mati.. sekarang doktor bagi ubat untuk seminggu, kalau bahagian atas kaki tak kering, disarankan potong sehingga pergelangan kaki"
jah terkedu.
istighfar di hati.
innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Allah sedang ambil balik apa yang dpinjamkan kepada emak dan kepada kami.
berat sekali dugaan ini.
Ya Allah kuatkan iman mak, abah dan kami anak-anak mereka untuk menghadapi semua ini.
kaki mak sekarang
kaki mak peringkat awal doktor kesan jangkitan kulat air - jangkitan kuman
2 comments:
salam.. hai teacher. eila tak boleh tolong apa-apa melainkan berdoa supaya keluarga teacher baek2 saja. semoga tiada penyesalan yg akan menghantui teacher nanti. insya allah akan ada masa dan kesempatan bagi teacher untuk menjaga keluarga teacher dan seandainya terjadi apa-apa insya allah mereka mengerti bahawa sesungguhnya teacher dah cuba melakukan dan menjadi yang terbaek. banyak2 kn brsabar ye,doa n tawakal. insya allah semua baek2 saja. Allah tahu apa yang terbaek untuk umatnya. DIA takkan menduga kita melebihi tahap kemampuan kita. jadi serahkan saja semua pada takdir-NYA. yakin ada hikmah yang tersembunyi, insya Allah kita boleh hadapi semuanya..
~FAZELA BINTI SAMSON (SMK(P)Bukit Kuda Klang) 4sc3-5sc3 07-08'~
Jaja sayangku, kuatkan hatimu menghadapi segala ujian, dugaan dan cabaran yang sedang dilalui. Allah itu Maha Luas PengetahuanNya dan Maha Hebat kasih sayangnNya kepada setiap hambaNya. Sememangnya kata-kata tidak cukup untuk menenangkan bebanan yang ditanggung, tetapi Kak Tia kalungkan jutaan doa semoga Allah memberi kekuatan kepada Jaja sekeluarga menghadapi ujian ini. Semoga ibu Jaja akan sembuh dan kembali seperti dulu.
"Ya Allah, kurangilah kesakitan ibu sahabatku..Sembuhkan segala kesakitannya..Ku mohon semoga Kau limpahkan kasih sayangMu terhadapnya dan keluarganya...Amin"
Post a Comment