pada mulanya, mak cuma sakit kaki biasa-biasa je.
mak seorang tak boleh duduk diam.
ade je kerja yang mak nak buat, kemas umah, susun perabot, berkebun. macam-macam lagi.
mak kata, dari kecik arwah tok memang dah ajar supaya selalu buat kerja.
mak juga seorang yang beretika.
semasa jadi cikgu, mak memang pakai kasut tumit tinggi je, takde nak pakai sandal ke kasut flat.
tinggi tak tinggi sangat, sekadar 1 inci..
lepas dah pencen, mak sibuk jaga cucu, jaga umah dan berkebun.
bermula 5 bulan lepas, mak sakit kaki dengan kerap.
masa tu sibuk dengan persiapan jah nah kahwin.
alhamdulillah, mak kembali ok.
3 bulan lepas, kaki mak makin teruk.
kaki kanan mak terkena jangkitan kulat air di celah dua jari hujung.
dah lama.
on, off letak krim anti kulat etc.
mak pergi macam-macam klinik.
pergi hospital swasta.
dan mak juga dapatkan rawatan tradisional.
peringkat awal - cuma jangkitan kulat air
sebulan yang lalu, kaki mak mula membengkak dan bernanah.
macam ada mata bisul.
mak mengadu sakit berdenyut-denyut.
mak dah tak boleh jalan.
mak tak boleh tidur.
mak dah takde selera makan berbanding yang dulu mak makan 6 kali sehari.
mak dah jadi cengkung.
bengkak dah surut, nanah masih ada, kaki dah mula hitam
dan minggu lepas,
bila kami adik-beradik pulang sempena tahun baru cina untuk jenguk mak dan kenduri abang pih, kaki mak dah jadi hitam.
orang terengganu cakap dah jadi buruk.
bernanah. berbau.
kata doktor, sel dah mati, dah jadi gangrene, keadaan yang biasa berlaku pada pesakit diabetes.
tapi mak bukan pesakit diabetes.
4/2/2011 - jumaat - kenduri abg pih di sebelah pengantin perempuan. k.long dan abg mat bwk mak ke HSNZ, k.trg. mak admit ward.
5/2/2011 - sabtu - kenduri abg pih di umah kaler oren. doktor yang memeriksa mak beritahu denyutan nadi di kaki dah kurang, sel dah mati. cadang untuk 'amputate' kaki mak sampai atas buku lali, untuk elak jangkitan
merebak.
2 jari hujung sudah mati sepenuhnya
pandangan dari tapak kaki
6/2/2011 - ahad pagi- doktor pakar periksa kaki mak lagi.
cadang supaya keluarga cepat bersetuju untuk pembedahan.
kami adik beradik fikirkan rawatan alternatif untuk elak potong kaki. doktor pakar beritahu punca gangrene disebabkan salur darah tersumbat, dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
ahad malam - adik beradik bersetuju untuk bawa mak keluar daripada HSNZ dan bawa ke KL untuk dapatkan rawatan alternatif di Gombak yang didakwa boleh menyembuhkan pesakit diabetes yang sudah di tahap kena potong kaki tanpa perlu potong kaki, cukup dengan potong sel yang mati.
kami juga sudah berbincang tentang pro dan kontra tentang rawatan alternatif tersebut. kalau tak berjaya, mak akan dibawa mendapatkan rawatan di hospital swasta di KL.
7/2/2011-isnin pagi - mak dah berada di rumah kaler oren.
abg mat dan k.nor serta keluarga mereka bersiap untuk bergerak ke KL dengan kereta. mereka akan tunggu mak dan abah di sana.
-isnin petang - jah bersama abah dan mak menaiki pesawat MAS dari k.trg ke KLIA
di baali berlepas k.trg airport. abah duk usap2 kaki mak.. bile nampak jah pegang kamera, abah alih tangan
dalam pesawat MAS - mak sejuk, kaki alas 2 bantal - masih sakit
tiba di KLIA jam 5.30 petang, kawan abg mat datang ambil abah
dan mak. bawa ke Gombak.
8/2/2011 - selasa - doktor daripada pusat rawatn di Gombak periksa mak.
kaki mak dah tak dapat diselamatkan, terpaksa dipotong.
mak dibawa ke Columbia Asia, Puchong.
masuk 2 pain darah.
untuk pertama kali selepas sebulan, mak akhirnya dapat tidur lena dan
makan lebik banyak daripada biasa.
di Columbia Asia, Puchong. makan lebih banyak, berjaya tidur
9/2/2011 - rabu - mak dijangka menjalani scan untuk kesan setakat mana salur darah
tersumbat untuk memastikan sampai tahap mana kaki mak akan dipotong.
scan ditunda - doktor sedang menguruskan pembedahan lain.
10/2/2011 - khamis - mak dibawa pula ke Sunway Medical Centre setelah discan.
bagi mendapatkan rawatan pembesaran saluran darah - alternatif untuk elak kaki dipotong.
padi cakap mak tak boleh tidur. sakit berdenyut-denyut makin hebat.
11/2/2011 - jumaat - mak dijangka jalani pembedahan membesarkan saluran darah pada jam
10 pagi.
abah jaga kesihatan juga ye, nanti abah pulak sakit.
Ya Allah, selamatkan ibuku Hajjah Zaimah binti Haji Jusoh. semoga ibuku selamat dalam pembedahan dan sembuh dengan cepat, amiin.
dan jah masih di Pokok Sena, sibuk dengan kerja, dan bersedia untuk final exam ahad ni. cukup tersepit dan tertekan. insyaAllah, habis exam, jah dan adi pergi jenguk mak dan abah di KL. insyaAllah, semua akan selamat.
1 comment:
Salam Jah..
Bergenang airmata makcik bila baca n3 ini.. harap jah sekeluarga bersabar menerima keadaan ini. Makcik doakan agar kaki emak jah makin pulih.. amenn..
Post a Comment