Friday, August 24, 2007

bila bosan dan tertekan













hari ini hari jumaat bersamaan 24 ogos 2007. tinggal lagi 7 hari untuk ulang tahun kemerdekaan ke 50 malaysia tercinta.

tapi saya tak dapat nak merasa lagi erti kemerdekaan yang sepenuhnya. kenapa? sebab saya belum lagi menyiapkan latihan akademik (academic exercise) yang merupakan salah satu komponen yang perlu saya lengkapkan sebelum saya dapat menyarungkan jubah konvokesyen, dan menerima skrol Bachelor of Education with Honest Teaching of English as a Second Language (TESL). (p/s: saya si baju hijau yang nampak dari sisi aje, si baju biru itu rakan saya, wawaezwa). lagi 2 orang tu yang berkaca mata berbaju kuning janah, seorang lagi tu tya. yang sorang lagi dengan tangan peace tu aliz, si tinggi yang suke layan hikayat saya. ramai lagi rakan-rakan yang sama-sama berjuang bertungkus lumus dari semester lepas lagi untuk siapkan latihan akademik ni,(tapi maaf ya, tak ada gambar dalam simpanan) semoga kita berjaya siapkan dan grad sama-sama, tak sabarnya!


betapa
saya sekarang merasa tertekan dengan tugasan-tugasan yang bertindan-tindanan di atas meja yang sedang menanti masa untuk disiapkan.

saya amat sedih dan bosan
dengan rutin harian yang hambar
baca buku
baca jurnal
analisis graf
analisis artikel

saya amat rindu
dengan novel-novel
dengan filem-filem
dengan waktu rehat
dengan waktu lalu yang
bahagia
ceria
tenang
gembira

andai saja
saya mampu
putarkan kembali
semua itu

namun
difikirkan dengan waras
akan gembirakah saya dengan
masa lalu
sedang rakan lain
bergerak pantas ke hadapan

1 comment:

cik puan tya said...

k.jah!!!!aku ponk tak sabau nk grad!!!! yee haaaaaa...