Sunday, August 26, 2007

cinderella cinta - saya akan pastikan saya dapat baca jugak ;)

ini adalah petikan dari novel john yang saya begitu kepingin untuk baca


Bintang-bintang di atas sana,
Adalah geografi rindu,
Gugusannya mungkin telah berubah,
Dan sinarnya mungkin sudah tidak sama seperti semalam,
Engkau juga mungkin sudah tidak dapat melihat,
Bintang yang sama malam ini,
Tetapi cinta kita tetap bersinar selama yang mungkin!” m/s 20

Cinderella cinta- john norafizan

saya nak beli novel tapi duit tak banyak...

tengah-tengah saya duduk asyik menganalisa graf untuk chapter 4 academic exercise, adinda saya mengirimkan sms :

kak jah, saya kat sacc ni, ade novel baru john norafizan, cinderella cinta rm23.90,
habiburahman el-shirazy, ketika cinta bertasbih rm21.90,
noor suraya, imaen, hlovate, gurindam jiwa rm24.90

saya terus jadi terpana, wah, sudah lama saya tak baca novel baru

john norafizan?
bukanke dah lama saya tak baca karya terbaru dia?
yang terakhir sempadan tanpa seri dan tunjukkan aku satu bintang
memang best giler
so i'm very looking forward to read his works

habiburahman el-shirazy~ mana mungkin saya lupakan penulis indonesia berbakat besar ni
karya pertama beliau - ayat-ayat cinta - best selling di Indonesia dan Malaysia
memang sebuah novel pembangun jiwa untuk kalangan pembaca Muslim khususnya.
karya terakhir beliau yang saya baca ialah Pudarnya pesona cleopatra
masih tidak lari dari tema sebagi novel pembangun jiwa

maka apabila dimaklumkan hadirnya novel baru ini, mestilah saya tak sabar-sbar nak baca

tapi gimana ya
ongkosnya tiada

saya kena save untuk academic exercise ini

tapi
tak apa la
saya beli satu aje dulu
yang lain saya cuba buat proposal dekat kekanda-kekandaku yang turut gila baca novel supaya mereka tolong belikan ;)

lantas saya capai nokia3310 yang telah 5 tahun sedia berkhidmat
dan saya tekan kekunci nya:

nae, beli aje novel john norafizan, esok saya bayar, k ;)

send

Friday, August 24, 2007

teringat kampung halaman
















hari ini saya bangun awal sikit. dengan tekad, nak siapkan chapter 4 Ae, study ethics in counseling dan nak siapkan resume dan CV. tapi baru sekerat jalan baca ethics, mata dah nak tertutup balik walapun bird tong chai duk nyanyi kat telinga, mata tetap nak tutup. jadi saya pun ambil keputusan nak tengok gambar-gambar dulu.

bila tengok gambar kat friendster nae addams (my sister's), rasa macam nak berhikayat pasal negeri Terengganu pulak. masa cuti semester 3 bulan yang lepas, kami tiga beradik, majalah3, sibuk merayap sekitar kuala terengganu, konon nak ambil gambar tempat-tempat menarik. dalam hati semua sepakat nak buat blog untuk promote terengganu, tapi malangnya, bateri habis, so dapat ambil sikit je.

antara tempat-tempat yang sempat dirakamkan(mengikut susunan gambar):
  1. Perusahaan Keropok Keping di Kampung Mengabang Telipot
  2. Sutera di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu
  3. Songket di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu
  4. Batik di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu
  5. Pintu gerbang di Taman Syahbandar, kuala Terengganu
  6. Wisma Negeri di Kuala Terengganu
  7. Pulau Kapas, Marang
  8. Pantai Airport
  9. Pantai Airport (sebelah kiri jalan adalah landasan kapal terbang)
  10. Taman Syahbandar
  11. Taman Syahbandar
  12. Taman Syahbandar
  13. Mengabang pecah di Batu Rakit, Kuala Terengganu
  14. Bulatan Batu Bersurat di Kampung Ladang
  15. Istana Maziah, Kuala Terengganu

pesan buat rakan-rakan




salam dan hai

sekarang dah masuk ke penghujung bulan Ogos, dah setengah semester kita semua berusaha untuk menamatkan pengajian kita.

semua dah semakin risau dengan assignments, academic exercise, presentations, quizzes. sampaikan adakala nya masing-masing buat muka "don't disturb me" , moyok dan tak ceria (sebenarnya saya juga termasuk dalam kategori ini). jadi bingkisan ini adalah sebenarnya untuk kita sama-sama ceria dalam menghadapi tekanan pelajar semester akhir. ye lah, tamaat sahaja pengajian ini, belum tentu kita semua akan bersua lagi.

senyum-senyum sokmo. saya pun sedang melatih diri untuk sentiasa tersenyum, jadi kalau anda terlihat saya yang bermuka masam mencuka, tegur aja ya.


di sini
saya tampilkan saat-saat indah waktu kita semua bersama ceria dahulu, harap dapat kembalikan kenangan indah ini.

bila bosan dan tertekan













hari ini hari jumaat bersamaan 24 ogos 2007. tinggal lagi 7 hari untuk ulang tahun kemerdekaan ke 50 malaysia tercinta.

tapi saya tak dapat nak merasa lagi erti kemerdekaan yang sepenuhnya. kenapa? sebab saya belum lagi menyiapkan latihan akademik (academic exercise) yang merupakan salah satu komponen yang perlu saya lengkapkan sebelum saya dapat menyarungkan jubah konvokesyen, dan menerima skrol Bachelor of Education with Honest Teaching of English as a Second Language (TESL). (p/s: saya si baju hijau yang nampak dari sisi aje, si baju biru itu rakan saya, wawaezwa). lagi 2 orang tu yang berkaca mata berbaju kuning janah, seorang lagi tu tya. yang sorang lagi dengan tangan peace tu aliz, si tinggi yang suke layan hikayat saya. ramai lagi rakan-rakan yang sama-sama berjuang bertungkus lumus dari semester lepas lagi untuk siapkan latihan akademik ni,(tapi maaf ya, tak ada gambar dalam simpanan) semoga kita berjaya siapkan dan grad sama-sama, tak sabarnya!


betapa
saya sekarang merasa tertekan dengan tugasan-tugasan yang bertindan-tindanan di atas meja yang sedang menanti masa untuk disiapkan.

saya amat sedih dan bosan
dengan rutin harian yang hambar
baca buku
baca jurnal
analisis graf
analisis artikel

saya amat rindu
dengan novel-novel
dengan filem-filem
dengan waktu rehat
dengan waktu lalu yang
bahagia
ceria
tenang
gembira

andai saja
saya mampu
putarkan kembali
semua itu

namun
difikirkan dengan waras
akan gembirakah saya dengan
masa lalu
sedang rakan lain
bergerak pantas ke hadapan