Tuesday, April 22, 2008

bila bercakap tentang membuat pilihan, hati dan minda kadangkala gagal menunjukkan yang terbaik, lantas kepadaNya kita berserah...

kira-kira dua bulan yang lalu
jah sibuk memikirkan destinasi yang patut dipilih untuk memulakan kerjaya pertama
tawaran demi tawaran kerja telah ditolak
kerana semuanya bertaraf sementara

abah, mak, abang dan kakak semua dah pening
mereka sepakat mengatakan"sekarang ni susah nak dapat kerja, jangan suka-suka tolak, nanti tak dapat terus, baru ternganga!"

jah menunggu satu peluang yang pasti
satu peluang yang menjamin masa depan
ini bukan main-main
ini penentu masa depan

jah sudah nekad
kalau-kalau gagal menjadi guru MrSM
lalu jah sudah redha dengan menjadi guru di sekolah biasa
lagipun jadi guru itu lagi bagus

tapi takdir menguji
MARA menawarkan tempat sebagai guru Bahasa Inggeris di kolej mara
jah terkejut seketika
bukankah sewaktu temuduga, sesiapa yang berjaya hanya akan ditempatkan di MRSM
bukannya di Kolej Mara?
mungkin sudah rezeki

tapi bukannya dekat
nun jauh di utara
jah terasa berat untuk pergi
bagaimana kalau posting KPM, jah dapat di Terengganu?
bukankah dah rugi nanti?
tapi kata abah "iya, kalau dapat di Terengganu, Alhamdulillah, tapi macam mana kalau dapat di Sabah atau Sarawak?
paling tidak, Mara ini memang di semenanjung, walaupun agak jauh,
pasti sampai masanya boleh jugak minta tukar ke Terengganu."

kaknor kata"jangan tolak peluang ni, bukan senang nak dapat kerja tetap sekarang, dahla dengan kerajaan"
abang mat dan kakna juga mengungkapkan kata-kata yang bermaksud sama
jah lakukan solat istikharah
mungkin tak kena cara atau entah apa silapnya
jah masih tak dapat nak tentukan pilihan yang sepatutnya
kata mak "kenapa tak call KPM, tanya posting di mana?"
pastinya tidak semudah itu
akhirnya
jah ikut sahaja cakap abah
walaupun berat hati
tapi bila difikirkan itu untuk kebaikan masa depan

maka pada 16mac
jah, abah, mak dan abang pih bertolak ke kedah
perjalanan yang agak panjang
sambil jah berfikir "i've chosen this, will i turn back again if i got posting in Terengganu?"
jah pun tak tahu
hati jah cuma berkata " just wait and see what the future holds for me"

8am 17march 2008, KMKN
Assalamualaikum, saya Hafizah bt Ab Hamid, saya datang untuk melapor diri sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah - Guru Bahasa Inggeris
maka jah turunkan tandatangan di surat akujanji
sekiranya nanti jah mahu melepaskan jawatan ini, tulis saja notis 30 hari ....

dan sesungguhnya
berada di tempat baru bukan sesuatu yang mudah

Tuesday, February 12, 2008

perihal adik-adiku



jah berasal daripada sebuah keluarga besar
8 beradik
6 perempuan, 2 lelaki

jah anak ke-6
ade dua orang adik
dua-dua perempuan
yang no 7 naemah
name kat umah mah atau cik mah
name ngn kwn2, nae (chewah)

yang no 8, nurfadzilah
name kat umah, pelah, padilah, padi atau su lah
name ngn kwn2, padi

nae n padi
dua-dua tengah duk studi
sorg bljr cr2 nk ajr b. inggeris
sorg lg bljr cr2 nk jd chef

jah suka la kacau nae n padi
w'pun kadang2
jah yang dibuli mereka
iyalah
jah aje yg byk sikit duit
daripada diorang
(w'pun x kerja lagi)
"sebab k.jah memang kedekut," kata nae n padi

so,
during holidays
both really enjoy asking me to go around
buying anything they want to eat
using my money
in addition
i'm also their driver
"why is that it always me to drive? both of u have licence!"
"we respect the elder la, k.jah", giggle both of them.
whatever

nae is really INTO korean boyband - superjunior
she knows every song of the group
every tv prog in which the group appears
every single detail of suju's progress
she's in love with eeteuk, the suju's leader
i wonder whether the suju knows that there's one die hard fan of them in Malaysia named nae ;-)
i hope so, if not, what a pity nae!

padi
on the other hand
loves cooking
that's y
she joined culinary art
last chinese new year
she baked cream puffs
(although i was the one who did most of the job)
the puffs were nice n delicious
nae said they were very sweet
but she ate 10 out of 17 cream puffs in the tray
"it's no good to waste these good things!", claimed nae

on the top right is the picture of three of us
jah with the sunglass, padi in the middle and nae on the right
"the sisterhood of empty pockets and hungry stomach"

kura-kura cik hijau ;-)


salam,

hari ni hari rabu, 13 februari 2008
jah masih ade kt rumah
macam biasa
nak kena 'study' untuk interview kpm minggu depan
alahai malasnye
tapi kena baca jugak
kalau tak, ternganga la depan panel nanti ;-(

dalam pada nak membaca tu
nak kena jugak tengok-tengokkan
ikhwan (anak buah no.2)
demam panas

dan
nak kena jaga
anak kura-kura dia
udah tuannya demam
kenalah orang lain tengokkan

kura-kura tu
kecik sangat
besar sikit je daripada syiling 50sen
jah dah tanya ikhwan ape name kura2 tu?
dia angkat bahu je
jadi jah dah 'decide'
nak panggil cik hijau
hhehehhee

semalam
penat la
jah cari bekas besar
bersih
susun batu buat lanskap
ambil air dari telaga
lepas tu lepaskan cik hijau dalam kolam baru dia
but the tortoise expressed no reaction
buat penat je
takpela, semoga cik hijau bahagia

jah terpikir jugak
nak lepaskan aje
cik hijau kat tepi baruh (macam parit la)
tapi
cik hijau kan kecik
sekali
biawak nampak, terus aje telan
tu yang cancel

takpela
biarkan aje dulu
harap2 cik hijau sihat dan membesar
lepas tu
boleh a
jah lepas dia kat mengabang ;-)
boleh a cik hijau main-main dengan bunga telipot

Friday, January 11, 2008

Ayat-ayat Cinta The Movie OST








Ayat-ayat Cinta by Rossa


desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

repeat reff

ketika ku bersujud

Wednesday, January 9, 2008

the job hunting begins...

16dec
pergi uitm machang
i'view for the post of contract lecturer
managed to go to the 2nd stage on 18dec
23dec
they called, "would you like to join us in uitm machang?"
yes, i'm
so just come on the 26dec 9.30 am
24dec
went back to machang to find rent house or hostel
mission was unaccomplished
no vacant rent house n hostel
decided to stay at tya's house temporarily
arrived at home near 7pm
went for family dinner
got sms, "ur coming to machang is postponed, wil let u know later"
i felt something wasn't right
just ignored it
26dec
3pm, the phone was ringing
picked it up
"hafizah, sorry to tell u bad news, we have to take back the offer, not many new students registered, thus classes need to b cancelled, so we couldn't hire u. hope u'll get another offer"
it's ok
surprisingly i felt relieved
from the burden of thinking about the lodging and transportation
so, here i am jobless again ;-(

27dec
went for job hunting
unsuccessful
coming home
ate a lot
at 6pm checked my hp
1 missed call
03-2694****
1620
oh, no
it must be from MARA HQ

28dec
9am
called mara hq
being asked to call back at 3pm
3pm
jah: "saya hafizah ab hamid, saya rasa saya terlepas panggilan daripada mara untuk temuduga guru bahasa inggeris"
mara: "ya, cik hafizah ab hamid, sila datang untuk i'view pada 4 januari 2008, 8.30pg di HQ mara. pastikan anda bersedia untuk mock teaching selama 10 minit.gunakan microsoft power point dan whiteboard. make sure it is creative.etc"
so once again, prepared for the i'view

to be continued...

imbasan 2007 (bahagian 2)

tamat sudah kisah hati dan perasaan

babak kedua tahun 2007,
sibuk di semester akhir
siapkan thesis
tumpuan pada assignment
juga fokus untuk subjek-subjek final exam
"job hunting" dah nak kena mula

maka bermula lah,
permulaan semester menyewa di seksyen 17
bersama k.shida, aliz n sue
sama-sama rasa pahit manis duduk di luar kolej
tapi tak lama
seminggu je
lepas tu, alhamdulilah rayuan kolej berjaya
masuk balik akasia
satu rumah nagn k.shida, AMALina dan amaliNA
so, sorang panggil amal, dan lagi sorang panggil nana
junior INTEC
best kawan ngan diorang sebab sama-sama simple n happy always
dahla suka masak,
thanx ya adik-adikku ;-)

untuk job hunting
sibuk buat resume n cv
buat ed deen, terima kasih bagi template cv n resume ;-)
juga terima kasih buat ms amie cun n mr bad
bawak jah ke sana sini untuk bagi exposure kerja n lifelong education

sedar x sedar
dah tamat pun semester
exam pun dah selamat jawab

balik rumah
duduk termenung
3 weeks later sat for mara written test at MRSM Kuantan
punya la payah soalan
macam xde harapan

result out on 12 december
alhamdulillah
status tamat
akhirnya
insyaallah mei 2008 konvokesyen

Tuesday, January 8, 2008

Imbasan 2007

salam tahun baru, semua ;-)

dah masuk 1 januari 2008 rupanya
sekejap aje 2007 berlalu

dalam 2007 tu macam-macam yang dah berlaku
yang manis,
yang kurang manis,
yang kelakar,
yang mencabar,
yang menyedihkan
semua ada.

kalau diimbas kembali tahun lepas pada waktu ini
saya sambut aidiladha di equine park
siap masak rendang tok
nasi himpit
malam tengok kembang api sempena sambutan new year 2007
seronok jugak

lepas tu balik kolej
bersedia untuk latihan praktikum selama 3 bulan di SMK P Bukit Kuda, Klang
punya la cuak waktu tu
ye la, kali ni berhadapan "real students"
bukan kawan sekelas yang berlakon masa micro teaching
tapi alhamdulillah, berjaya juga laluinya
walaupun boleh katakan sepanjang 3 bulan tu lagi banyak air mata yang keluar berbanding senyuman yang terukir
terima kasih buat warga Bee Kay ;-)

habis semester 7
masuk semester 8
semester akhir untuk bergelar penuntut Bachelor of Education (Hon.) Teaching English as a Second Language (TESL)
masa ini la paling kelam kabut
nak siapkan thesis
nak buat assignment
nak kena start cari kerja jugak

dalam pada itu, teman-teman dah ada yang mengorak langkah ke satu lagi fasa kehidupan
ada yang solo dah berduet,
yang bercinta memilih untuk bertunang,
yang bertunang mengikat ikatan pernikahan
jah jugak yang masih setia keseorangan
nasib baik ada wawa, aliz, sue, dan k.shida yang masih sama-sama menyendiri ni
ada la jugak teman nak mengadu kisah hidup
iya la, kalau ada "boyfriend" kan senang
tapi tak jugak...

ada orang cakap,
perempuan kalau dah berteman, mereka mudah lupakan kawan
tapi, lelaki kalau dah berteman pun, kawan tetap diutamakan
jah malas nak komen
sebab jah tak lalui lagi peringkat berteman tu
tapi menurut pemerhatian jah
kadang-kadang pendapat tu betul, ada masanya tak

kawan-kawan jah macam janah, tya
diorang dah peruntukkan masa
hujung minggu bersama si dia
hari biasa dengan kawan-kawan la
cuma kadang-kadang
ada jugak beberapa kali terpaksa batal janji
sebab si dia dah tunggu
jah pun keluar seorang la
tak apa la

eh, ni dah macam luahan perasaan la pulak
tajuk entri, imbasan 2007
tak ape la
nanti jah sambung balik
nak tengok buletin utama kejap

hingga ketemu lagi
untuk bahagian 2 imbasan 2007...