Tuesday, January 8, 2008

Imbasan 2007

salam tahun baru, semua ;-)

dah masuk 1 januari 2008 rupanya
sekejap aje 2007 berlalu

dalam 2007 tu macam-macam yang dah berlaku
yang manis,
yang kurang manis,
yang kelakar,
yang mencabar,
yang menyedihkan
semua ada.

kalau diimbas kembali tahun lepas pada waktu ini
saya sambut aidiladha di equine park
siap masak rendang tok
nasi himpit
malam tengok kembang api sempena sambutan new year 2007
seronok jugak

lepas tu balik kolej
bersedia untuk latihan praktikum selama 3 bulan di SMK P Bukit Kuda, Klang
punya la cuak waktu tu
ye la, kali ni berhadapan "real students"
bukan kawan sekelas yang berlakon masa micro teaching
tapi alhamdulillah, berjaya juga laluinya
walaupun boleh katakan sepanjang 3 bulan tu lagi banyak air mata yang keluar berbanding senyuman yang terukir
terima kasih buat warga Bee Kay ;-)

habis semester 7
masuk semester 8
semester akhir untuk bergelar penuntut Bachelor of Education (Hon.) Teaching English as a Second Language (TESL)
masa ini la paling kelam kabut
nak siapkan thesis
nak buat assignment
nak kena start cari kerja jugak

dalam pada itu, teman-teman dah ada yang mengorak langkah ke satu lagi fasa kehidupan
ada yang solo dah berduet,
yang bercinta memilih untuk bertunang,
yang bertunang mengikat ikatan pernikahan
jah jugak yang masih setia keseorangan
nasib baik ada wawa, aliz, sue, dan k.shida yang masih sama-sama menyendiri ni
ada la jugak teman nak mengadu kisah hidup
iya la, kalau ada "boyfriend" kan senang
tapi tak jugak...

ada orang cakap,
perempuan kalau dah berteman, mereka mudah lupakan kawan
tapi, lelaki kalau dah berteman pun, kawan tetap diutamakan
jah malas nak komen
sebab jah tak lalui lagi peringkat berteman tu
tapi menurut pemerhatian jah
kadang-kadang pendapat tu betul, ada masanya tak

kawan-kawan jah macam janah, tya
diorang dah peruntukkan masa
hujung minggu bersama si dia
hari biasa dengan kawan-kawan la
cuma kadang-kadang
ada jugak beberapa kali terpaksa batal janji
sebab si dia dah tunggu
jah pun keluar seorang la
tak apa la

eh, ni dah macam luahan perasaan la pulak
tajuk entri, imbasan 2007
tak ape la
nanti jah sambung balik
nak tengok buletin utama kejap

hingga ketemu lagi
untuk bahagian 2 imbasan 2007...




No comments: