Monday, May 24, 2010

dah kena mula bersiap ek? ;)

Tips Pemilihan Fabrik

1. Pilihan terbaik ialah fabrik lembut yg tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang pada prinsip berpakaian sopan, tidak menonjol.

2. Elak memilih kain satin

3. Fabrik terbaik buat anda seperti sifon, georgette, cita & sari yang kurang berkilat




Tips Potongan Pakaian

1. Pakaian wanita bertudung seharusnya longgar tapi tidaklah sehingga nampak menggeloboh kerana ia akan mencacatkan penampilan

2. Jika memilih fabrik lembut & jarang, pastikan ada lapik di dalam

3. Elakkan memakai pakaian yg melekap di tubuh kerana ia terkeluar dari prinsip berpakaian mengikut syariat.

4. Elakkan memakai kain yang ketat & terbelah

5. Blouse harus labuh dari bahagian pinggul serta elakkan berlengan pendek

6. Pastikan bahagian leher yang berpotongan luas & lebar ditutup dgn tudung utk memelihara aurat wanita.

7. Bagi pengantin montok, elak mengenakan pakaian yang ketat dengan tujuan utk mengecilkan sedikit tubuh anda. Ia usaha sia2 sebaliknya ia akan menonjolkan lagi bahagian yg tidak perlu pada tubuh anda.

8. Fabrik cita sesuai utk tubuh wanita yg montok. Elakkan fabrik satin kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan lebih besar dari saiz asal.




Tips Pemilihan Warna

1. Wanita bertudung harus memilih warna yang lembut serta tidak menjolok mata contohnya, merah samar, biru lembut, krim atau putih

2. Elak warna yang menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga & kuning diraja

3. Utk majlis akad nikah, warna krim atau putih antara pilihan terbaik.




Tips Hiasan Kepala

1. Anak tudung penting untuk dipakai bagi mengemaskan lagi rambut. Selain itu ia bertindak sebagai pemegang pada tiara. Ia menjadi asas supaya tiara tidak terlucut.

2. Elak memilih anak tudung dari kain yang berkilat, ini membuatkan tiara mudah jatuh.

3. Paling sesuai, pilih anak tudung yang dibuat dari kain kasa atau cita , ini untuk mengelakkan dari rasa terlau panas di kepala.




Tips Memilih Layah

1. Mini telekung mesti ringkas andai layah yg digayakan sudah dihiasi dengan jemeki atau batu permata

2. Apa jua hiasan pada layah ia harus tidak menyemakkan bahagian kepala dan muka

3. Hiasan layah perlu dijahit pada bahagian tepi layah sahaja. Elakkan hiasan yg terlalu penuh dan merimaskan.

4. Andai mahu menggayakan tiara, pastikan dari bentuk bulat.
5. Elak menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal bg pengantin bertudung.

6. Jika mahu menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elak memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.

7. Pemilihan batu permata atau jemeki juga harus diambilkira. Elak memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Jangan ubah diri anda dari pengantin kepada penari.



Tips Memilih Kasut

1. Kasut bertutup penuh adalah potongan kasut yang tepat buat pengantin bertudung.

2. Elakkan kasut yg terbuka di bahagian jari kaki. Kecacatan pada penampilan akan lebih terserlah.





Sumber: Pesona Pengantin Oktober 2002

2 comments:

NSMY said...

sudah buat persiapan? bila tarikh rancang?

izah hamid said...

yup, ida.dh start preparation.. beli skit2.. ye la, hrpkn duit gaji je utk beli brg.. saving utk study ;).. insyaAllah 4 syawal =)