Saturday, March 6, 2010

bila kehendak badan tak dituruti..

salam

hari ni sabtu, 6/3/2010..
awal pagi jah dah keluar untuk hadiri hari ko-kurikulum di kolej..
tak sibuk mana..
tapi penat terasa juge

tepat 11am, jah gerak ke uum,
kelas ELT Curriculum Design bermula 12.30pm,
jah sukarela memulakan pembentangan tugasan,
kena komen dan kritik,
perkara biasa, untuk perbaiki mutu tugasan..
rakan-rakan lain selepas jah, teruk dikomen dan dikritik,
ada yang kena balik buat semula..
jadi jah pun konfius, betul ke tak yang jah buat ni?

kelas yang sejuk, bahang perbincangan dan kritik sebabkan jah rasa tak selesa, mula terbatuk-batuk..
dalam hati berdoa, janganlah asthma, jah x bwk ubat..
maka jah duk minum air masak bekal aje la.. Alhamdulillah, x melarat..

dek kerana lamanya, jangka masa pembentangan dan sesi soal-jawab (komen kritik), kelas berakhir 3pm lebih..

jah dan kawan-kawan berkejar pula ke canselori untuk kelas Second Language Acquisition (SLA) 3-6pm..
setiba di sana, solat dulu..
makan memang tak sempat..
masuk kelas 3.30, mr v dh mulakan kelas..
ketika itula, jah mula terasa seram sejuk, panas suam, berpeluh dingin walaupun bilik mesyuarat itu dilengkapi pendingin hawa..
jah cuba untuk fokus...
apatah lagi, artikel yang tujuh itu, hanya 2 habis dibaca, itupun tak lekat di minda... huhuhuhu

dan,
mr v mengumumkan khabar kurang gembira, assignment 3 yang sepatutnya dihantar pada 27 mac 2010, akan dipendekkan ke 20 mac 2010 bersama assignment 2..
nampaknya, memang jah akan stay up je sekarang sampai habis semester..

setiba di rumah jah 7.30pm, jah dah tak terkata penat,
panaskan lauk dan nasi,
makan, dan minum 100 plus dan sunquick..
beg dan buku letak di tepi..
maaf,
malam ini nak rehatkan badan dan minda..

badan dah mula memberi petanda,
jangan lasak sangat..


2 comments:

adiawuH said...

Aiyoyooo...skrg baru wai tau beza study local n overseas. Byk bezanyaa. Aduih. I can feel u fizah. Be strong k?? Fizah boleh!! Respect laa local graduates.

izah hamid said...

cabarannya adalah pada tugas sebagai pensyarah dan pelajar dalam masa yang sama. kolej ada program, klas kena pergi jugak.. rush here n there. makan n rehat x cukup, bukan sebab procrastinate pun.. ni tak tahu la jadi tak nak kahwin kalau macam ni ;p .. neway, thanx, yaida.. so, yaida, u r so lucky to give full focus on your masters, all the best!!! i nk amik you punye smgt skali ;)