Thursday, December 30, 2010

selamat jalan, k.tiya :(

hari ni hujan lebat setelah berhari-hari agak panas.
cuaca seakan memahami kesayuan hati ini.
hati menangis.
berat untuk melepaskan k.tiya, teman baik di sini.
esok, k.tiya akan pulang untuk berkhidmat di negeri sendiri.

k.tiya, teman yang jah kenal setelah menjejakkan kaki untuk bertugas di bumi Kuala Nerang.
yang selepas itu baru jah tahu merupakan senior TESL programme di UiTM.
seorang yang cepat mesra, positif, tegas dan kreatif.
apa saja tugas yang diberi pasti digalas dengan baik.
pandai memasak dan menghias diri dan rumah.
jah memang kenyang kalau k.tiya ajak makan di rumah dan seringkali kagum dengan penampilan diri dan hiasan serta susun atur di rumah k.tiya.
sebab tu pelajar tahun 6 SK Pedu panggil k.tiya "cikgu cantik"
punya personaliti yang menarik dan suara yang lunak.
bukan susah untuk faham kenapa pelajar-pelajar k.tiya sayang sangat dengan k.tiya,
dan jah bimbang, andai jah tidak mampu menarik minat pelajar k.tiya untuk memahami kelas jah kelak..

jah susah nak rapat dengan orang, nak sembang banyak dengan orang.
di sini, jah hanya rapat dan banyak mulut dengan manja, k.tiya, k.jay, k.nurul dan k.mus.
dengan k.tiya, banyak yang boleh dibicarakan.
mungkin kerana negeri kelahiran kami berjiran,
darah jah juga mengalir darah keturunan senegeri k.tiya,
berkongsi makanan kegemaran dan dialek yang seakan sama,
kadang-kadang konvoi bersama untuk pulang ke kampung halaman,
maka jah cepat rapat dengan k.tiya.
dan ramai yang kadang-kadang tersilap, panggil jah sebagai fatihah.
mana mungkin hafizah itu fatihah, kerana nurfatihah sulaiman itu memang ade aura tersendiri.

jah kagum dengan semangat dan prinsip k.tiya,
jah ini mudah lemah dan rendah diri,
cepat tertekan, kawan-kawan yang lain akan cepat-cepat pujuk.
malunye kadang-kadang, kenapa agak mudah terasa.

selamat berjaya, k.tiya!
jaja yakin k.tiya pasti akan jadi yang terbaik di UMK kelak.
teruskan usaha, sambung studi, tulis buku, kata-kata k.tiya memang menusuk hati.
jangan bazirkan bakat dan anugerah yang Allah kurniakan.

dan jah akan ingat pesan k.tiya yang satu itu,
tiada guna untuk kita mengadu masalah kita sesama manusia,
kerana masing-masing pun dah ada masalah sendiri,
merintihlah kepada Allah Yang Satu, Dia Yang Maha Mendengar dan Memahami.

insyaAllah, itu antara azam jah untuk tahun 2011.
ada masalah, simpan sendiri,
tak perlu peningkan kawan-kawan yang pastinya ada komitmen tersendiri.
elakkan jugak mengusut kepala sang suami yang jauh di mata.




jah, k.tiya dan abg awi (suami k.tiya) sama-sama pucat naik cable car di langkawi - will miss this moment :(


K.tiya,
insyaAllah jaja doakan k.tiya akan lebih cemerlang dan produktif di sana. jangan sia-siakan ilmu dan bakat yang dikurniakan Allah. InsyaAllah, panjang umur dan murah rezeki, kita jumpa lagi. Jaja akan rindu k.tiya!





Tuesday, December 14, 2010

usah jemu berdoa, yakinlah pada Allah




alhamdulillah, dh msuk hari rabu 15 disember 2010, 9 muharam 1432H...
selamat berpuasa kepada yang puasa sunat asyura hari ni.

sudah lebih seminggu tahun baru hijrah menjenguk kita.
dah mulakan amalan untuk merealisasikan azam tahun baru hijrah?
tahun baru masihi pula akan menjelma kurang lebih 15 hari lagi.
memikirkan itu, jah rasa risau.
janganlah lebih ramai adik-adik sesama muslim kita terlibat lagi dengan segala sambutan tahun baru yang tidak sihat.

dalam kita menjalani hidup seharian, kita pasti mempunyai target untuk dicapai.
kita akan berusaha untuk menjadikannya realiti.
dan sebagai orang yang beriman, kita akan berdoa, memohon dari yang Maha Esa agar dikabulkan permintaan kita.
adakalanya, doa kita akan diperkenankan secepat mungkin.
kita akan gembira.
jangan lupa ucap alhamdulillah, dan tingkatkan lagi amal ibadah.

adakalanya, kita dah lama berdoa, namun belum dikabulkan.
usaha bermacam-macam, namun belum menampakkan hasil dikala rakan yang mengahadpi masalah yang sama sudah mula berjaya keluar daripada masalah tersebut.

ketika itu hati mula berdetik, dimana silapku, sampai sekarang doa belum dikabulkan?
jangan bimbang, jangan sedih, teruskan berusaha dan berdoa.
mungkin Allah merasakan itu yang terbaik buat kita ketika itu.

‎"Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan
selama kamu tidak meminta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan,
'Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?'" (Muttafaq 'alaih)..

berdoa dan bersangka baiklah terhadap Allah..






p/s: sedar tak, kadang-kadang, tanpa kita berdoa pun , Allah dah berikan bermacam-macam kepada kita. contoh yang mudah, di pagi hari yang indah ni, kita masih bernafas, dapat pergi kerja dalam kedaan sihat, dengan baju yang sempurna, kereta pun ok xde masalah.. sedangkan kita jarang memohon dalam doa seharian kita akan perkara-perkara tersebut..









Sunday, December 12, 2010

impian dating

jah macam perempuan lain, ada impian nak gi jalan-jalan dengan kekasih hati.
pengaruh rakan sebaya, tengok kawan-kawan pergi dating, kluar makan sama-sama.. bestnye.
drama dan filem pun banyak memaparkan adegan candle light dinner, tengok wayang sama-sama. ala-ala romantik gitu.


jah terfikir, nak jugak pergi jalan-jalan macam tu.
tapi jah takut dosa sebab masih tak halal.
dan mungkin jugak Allah sayangkan jah, jah takde special boyfriend pun zaman bujang dulu.
mungkin itu hikmah jadi orang yang tak berapa cantik ni.
kalau ada nak kenal pun, jumpa kat tempat ramai orang, untuk makan-makan je.
pergi sendiri-sendiri, balik pun sendiri-sendiri.

lepas kahwin, barulah dapat peluang untuk penuhi impian dating.
kawan-kawan lain berbulan madu di pulau, tanah tinggi, ada yang siap terbang ke luar negara.
jah dan suami belum ada rezeki lebih untuk pergi jauh.
tambahan pula, jah terikat dengan kerja dan studi.



jadi, dating di mana?
tak jauh pun.. ehehehehehe..
bila hadi datang melawat jah minggu lepas, kami pergi jalan-jalan hirup udara segar di taman tasik darul aman, jitra.
tapi kira jauhla jugak, dari pokok sena ke jitra.


alhamdulillah, cuaca redup dan nyaman.
hari macam nak hujan, tapi x hujan.
angin sejuk.
orang pun tak ramai.



jah cakap dengan hadi nak jalan-jalan keliling tasik ikut trek jogging.
hadi mula-mula macam tak percaya, sebab agak jauh jarak tu.
tapi jah pujuk, cuaca nyaman je, kalau tak larat, kita rehat kejap.
so kami start jalan sambil sembang-sembang, pegang tangan, genggam tangan.. gelak-gelak.
alhamdulillah, manisnya bila hubungan dah halal.
nak buat apa pun takpe.
tapi mestilah kena jaga adab di khalayak ramai jugak.






sedar tak sedar,
kami dah habis pusing tasik.
tak sangka pulak.
dahla sambil jalan duk gelak-gelak especially bila cuba nak ambil gambar sendiri.
nak mintak tolong orang ambilkan, segan.















insyaAllah, lain kali pergi lagi.. naik itik pusing tasik pulak..

Wednesday, December 1, 2010

bila nak pergi bercuti?

cuti sekolah.
jah tengok di facebook, ramai kawan dan saudara-mara seronok melancong dalam dan luar negara.
bila pulak jah nak dapat peluang nak pergi bercuti?


Thursday, November 25, 2010

jumaat


jumaat yang lalu,
bahagia di kampung,
bersama suami dan famili tercinta..


jumaat ini,
di hati sepi berkampung,
berteman jurnal dan nota..






jumaat depan,
harapan tinggi menggunung,
hanya Ilahi penentu rencana terlaksana..



Wednesday, November 24, 2010

raya di perantauan seorang diri? tidak!!!




ya, entri ini berkait dengan raya haji yang lalu.
perantauan itu tidak hanya terangkum dalam skop seberang laut, bila kita dah keluar dari negeri tempat asal kita pun dah dikira perantauan.
dan jah sekarang berada kira-kira 350km dari umah kaler oren.
dipisahkan oleh 2 buah negeri, kelantan dan perak..
dijarakkan oleh bukit bukau dan hutan di gerik.

dan jah tidak mampu untuk meraikan hari raya haji (mungkin dianggap enteng oleh sesetengah orang, sedangkan perayaan itu lagi besar dalam agama Islam) di tempat orang.
pasti sahaja, hati akan pilu tatkala mendengar laungan takbir.
untuk eiduladha pulak, takbir akan dilaungkan selama 4 hari..
oh, tidak..

jah jarang ketinggalan untuk meraikan eiduladha.
mungkin kerana jah berasal dari Pantai Timur, maka perayaan itu lebih bererti dan sambutannya adalah lebih meriah berbanding eidulfitri.

Kali pertama ketika berada di Kuala Pilah, tiada cuti yang panjang, terpaksa berkorban dengan tidak pulang ke kampung halaman kerana sedang bersedia untuk menghadapi peperiksaan program matrikulasi.
Jah hanya mampu melihat dengan pandangan kosong dan sayu bilamana rakan-rakan yang berasal dari KL dan negeri-negeri berhampiran dikunjungi oleh ahli keluarga.
Kali kedua, ketika berada di Shah Alam, masih dengan alasan yang sama, juga untuk menduduki peperiksaan semester.
Di awal pagi berjalan kaki ke masjid Seksyen 19. Menunaikan solat sunat eiduladha.
Balik ke asrama, hanya menjamah roti. Kedai makan yang kebanyakannya diusahakan oleh orang Kelantan memang ditutup. Ketika itu, jah bertekad, kalau boleh, lepas ni tiada lagi yang akan menghalang jah daripada meraikan eiduladha di kampung halaman.

Tahun ini, nyaris-nyaris jah terpaksa meraikannya di perantauan lagi.
Memandangkan jah sudah berkahwin, maka giliran untuk pulang beraya harus ditentukan terlebih awal.
Adik beradik dah sepakat untuk raikan 1 syawal 1432H di umah warna oren.
Maka, jah dah berunding dengan encik kekasih hati, raya haji tahun ni, raya kat Kg. Nyior dulu, lepas tu baru balik umah warna oren.
Tahun depan, raya puasa kat umah warna oren, baru raya kat Kg. Nyior.

Cuti akhir semester matriks dan cuti raya haji hanya berselang selama 2 minggu.
Kebetulan pula, cuti raya haji terus bersambung dengan cuti sekolah, jah terlupa untuk membeli tiket bas lebih awal, dek kerana kelam kabut dengan cuti matriks.
tiket sudah habis, yang tinggal, hanyalah satu tiket di malam raya.
alhamdulillah, at least, dapat balik kampung jugak.

Sampai di kuala terngganu, jam 5.30 pagi.
Terus en suami memecut ke Kg. Nyior.
Berhenti solat subuh di Masjid Pulau Kerengga, Marang.
Tandas di masijd ini sangat bersih dan mempunyai kelengkapan bilik mandi.
Jah cadangkan sesiapa yang dalam musafir dan melalui jalan Marang - Dungun untuk berhenti rehat dan solat di sini.

Alhamdulillah, sampai di Kg. Nyior jam 7.30 pagi, mandi dan bersiap untuk solat sunat eiduladha.
Pertama kali menunaikan solat sunat hari raya bersama emak (emak mertua) di Masjid Kg. Nyior, masjid yang diperbuat daripada kayu.
Jah terasa rindu dengan emak.. huuhuhuhuhu
Khutbah raya sangat bersemangat tapi mungkin agak lama tempohnya menyebabkan ramai jemaah dah mula bersuara... hurm

Balik ke rumah, menikmati nasi minyak bersama suami, emak dan ayah..
Masuk ke bilik, ada misscall daripada emak.. terus call balik, emak tanya macam mana raya? makan apa? kat umah kaler oren, abg pih masak nasi minyak, gulai 3 ekor ayam.. wah wah wah.. sabar ye, esok jah balik.
Selepas makan, jalan-jalan ke umah saudara-mara.
yup, jalan kaki, bukan dengan kereta..
kalau dilihat orang macam rombongan je.
tapi orang kampung mesti tahu, jah la ahli baru keluarga en Abu Bakar.
apa tidaknya, emak dan adik-adik ipar semuanya tinggi kurus, jah pulak rendah rendang berisi..hhuhuhuhu

tapi, in a way, bagus jugak emak ajak jalan kaki, boleh bakar kalori..
ehehehe.

adik-adik ipar yang cantik dan comel: ila, ain, aina dan nurul

ketara tak perbezaan jah dan sis-in-laws?

bersama emak (emak mertua), aina (adik ipar yang bongsu), dan tok (nenek sebelah ayah mertua)






Sunday, October 17, 2010

cuti!!!



main ombak di pantai telipot :)

ceria tak gambar ni?
:))
yeay, nak balik cuti!!!


dh msuk oktober.
semester 3 masters dh hbs mggu lps.
insyaAllah, result kluar hjg bln ni.. nevesnye..
n awl november, dh msuk semester 4..
cepatnye masa berlalu..

student jah pun skrg ni tgh exam.
mggu dpn cuti.
jd, yeay, blh blik cuti!!

cuti nk blik 2 buah kampung..
2?
ye, la.. kn jah dh tmbh keluarga :)

so perjalanan tu akn jd sgt jauh..
dari pokok sena, kedah ke paka, dungun, terengganu..
akan lalu lebuhraya timur barat, naik gerik..
janganla jumpa gajah lagi..
sakit jantung dibuatnya






ini puncak titiwangsa, tempat wajib lalu kt LTB


kurang lebih 12 jam jgk tu...
pastu gerak balik smula ke umah kaler oren di telipot yang damai...

wah, x sbrnye nak hirup angin pantai, makan celup tepung...



Tuesday, September 21, 2010

selamat pengantin baru!




alhamdulillah,
jah sudah selamat bergelar isteri kepada Fadhlul Hadi bin Abu Bakar pada 3 syawal 1431H, 12 september 2010.
terima kasih kepada sepupu jah nun jauh di bumi Australia, Nor Hekmat Haji Yahaya, yang telah memperkenalkan kami..
Nor ada mengatakan, "kak jah, nor cume kenalkan aje, the rest up to both of you"
tapi kjah tetap juga ingin mengucapkan, jazakallahu khairan kathira, nor.
Allah telah menggerakkan hati Nor untuk memperkenalkan kami.
dan kak jah doakan yang terbaik juga buat nor, insan yang baik hati.

dan sudah jodoh kami,
berkenalan di hujung januari 2010,
bertemu buat pertama kali di pertengahan februari,
jah dilamar di pertengahan mac,
bertunang awal mei dan,
alhamdulillah, disatukan empat bulan selepas itu..
kelihatan semua berlaku agak pantas,
itulah ketentuan Allah..

dan sejarah perhubungan kami juga berkait dengan blog ini.
tak perlu lah jah cerita di sini.

terima kasih buat abang Hadi,
suamiku, imamku, kekasihku, teman baikku,
kerana menerima jah seadanya
dan jah juga menerima abang seadanya
sesungguhnya pernikahan itu bukan matlamat hidup beragama,
ia cuma medium atau alat untuk membawa kita menuju rahmat Allah.

yang pasti,
jalan hidup ini masih berliku,
semoga kita saling memahami, saling menasihati,
berpaksikan ajaran Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.






Sunday, August 8, 2010

997

kak jay cakap ade 1000 dugaan sebelum berkahwin..

ia mungkin datang dalam bentuk orang ketiga atau masalah keluarga.. atau mungkin juga dalam bentuk lain..

semakin hampir dengan tarikh, semakin mencabar la jadinya..



setakat ini, baru 3 menjelma. tapi jah dah rasa bimbang, risau dan marah sangat.. bagaimana nak menghadapi lagi 997 cabaran dan dugaan ni?

maka, ucapkanlah:


"INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156).


"Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya"



dan jah sedang berusaha memujuk diri yang lemah dengan amarah ini untuk lebih bersabar...lagi 35 hari..





semalam, berkali-kali jah ambil wudhu' untuk sejukkan hati

ya Allah, kuatkan lah imanku... kurangkan amarah ku

997

kak jay cakap ade 1000 dugaan sebelum berkahwin..

ia mungkin datang dalam bentuk orang ketiga atau masalah keluarga.. atau mungkin juga dalam bentuk lain..

semakin hampir dengan tarikh, semakin mencabar la jadinya..



setakat ini, baru 3 menjelma. tapi jah dah rasa bimbang, risau dan marah sangat.. bagaimana nak mengahadpi lagi 997 cabaran dan dugaan ni?

maka, ucapkanlah:


"INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156).


"Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya"


dan jah sedang berusaha memujuk diri yang lemah dengan amarh ini untuk lebih bersabar...

Sunday, July 18, 2010

bendi..

semalam jah ke alor star, pergi plaza sentosa dgn k.nurul..

sampai umah, 5pm, hari gelap nak hujan..
angin bertiup kencang.
masa nak tutup pagar, jah nampak 2 orang budak berlari-lari sambil bawak plastik..
seorang lelaki dan seorang perempuan, mungkin abang dan adik..


tiba-tiba budak-budak tu dah sampai depan umah jah.
'assalamualaikum, kak nak beli bendi? 2 ringgit ja"
dengan muka penuh mengharap dan mata bersinar
jah tengok kt tangan die ade dua plastik penuh bendi yang jah rasa harga di pasar pun mungkin dah cecah rm6..
bendi yang hijau segar dan panjang..

oo, bendi? jap, na..
jah ambik rm2 dan bayar..
terima kasih, kak!!
dan dua beradik tu pun berlari ke rumah jiran sebelah dan beri salam
"assalamualaikum, assalamualaikum, assalamualaikum"
tiada jawapan..
dan pergi lagi ke rumah lain..
tiada jawapan lagi..

hujan dah mula turun..
angin makin kencang
hari makin gelap

tiada jawapan lagi..
hmm
jah terdetik dalam hati,
nape la jah tak beli je smua, esok jual kt kolej..

tengah 2 beradik tu duk bagi salam rumah seberang sana,
jiran jah selang 2 buah rumah,
yang tadi diam tak cakap ape,
memanggil budak berdua tu
"dik, mai sat, pakcik nak beli sayur"

mungkin die pun dah tersentuh hati tengok budak berdua tu..
tak lama lepas tu, budak berdua tu berlari pulak ke lorong seterusnya..
ade lagi 4 plastik agaknye...
dalam deru angin kencang dan titisan hujan..

lain kali diorang datang,
jah beli byk2..







Wednesday, July 7, 2010

Jaga auratmu, wahai wanita



"Sekali lagi saya menyeru kepada kaum Hawa supaya delete semua gambar-gambar anda yang tidak menutup aurat. Bertaqwalah kepada Allah, setiap lelaki yang melihat gambar anda yang tidak menutup aurat, anda akan dihadiahkan dosa sebanyak 2 kali ganda berbanding lelaki yang melihat, kerana andalah punca lelaki tersebut melihat. Bayangkan sehari seramai 1000 orang lelaki melihat, berapa banyak pula dosa anda ketika itu?. Itu belum ditambah dengan dosa-dosa lain."

"Saya juga menyeru supaya kaum Hawa tidak meletak gambar begitu banyak. Kerana dunia Internet terdiri daripada pelbagai jenis manusia. Lihatlah berapa ramai gambar kaum Hawa yang dicuri oleh mangkuk yang tidak bertangungjawab. Menyebar dan mengeditnya sesuka hati. Bertindaklah sebelum terlewat."

*Untuk kaum Adam pun ada nasihatnya nanti, takut2 nanti ada orang cop saya ni suka menyalahkan kaum Hawa jeee.

taken from LaTahzan

Wednesday, June 30, 2010

"jah, betul kau nak kahwin? "

entri-entri terdahulu di awal 2008 dan 2009
jah sibuk bercakap pasal cinta
cemburu dengan kawan-kawan yang dah berteman,
dan jah cuba cari teman,
tapi tak berjaya

siap buat program mencari cinta
tak berjaya jugak,
lalu jah fikir,
buang masa buat benda macam ni,
baik aku sambung study,
lagi banyak faedah..

tapi sambung study,
lagi la rasa nak berteman,
sebab stress,
dah study sorang-sorang,
takde kawan nak kongsi masalah

dan pernah kawan jah bertanya,
"kalaula masa sambung masters ni, ade orang ajak kau kahwin macam mana?"
masa tu dengan yakin, jawab jah, "dia kena tunggu sampai aku habis study, kalau tak sanggup tak payah."
jah jawab macam tu sebab,
-dah banyak kali terjatuh hati,
-terperasan,
-tertipu oleh lelaki,
-jah patah hati dan putus asa,
=takkan ada lelaki yang akan minat dan suka pada jah yang sangat biasa
berbanding ramai lagi perempuan luar biasa di luar sana..

tapi lidah menipu hati,
jah cuba lagi cari cinta,
masih gagal,


lalu azam 2010,
seperti yang jah tulis di entri tahun baru
jah dah tak nak cari cinta, biar cinta datang cari jah



Allah Maha Kaya, Allah Maha Berkuasa

jah lupa kuasaNya,
tak sampai sebulan selepas itu,
Allah takdirkan sepupu jah untuk memperkenalkan jah pada rakan sekerjanya,
jah macam tak percaya pada mulanya,
takut patah hati lagi,
takut perasan sorang-sorang lagi,

jah asak dia dengan pelbagai persoalan,
dia dengan tenang menjawab,
dia memang serius, tak main-main,
lalu, ketika itu jah cakap,
kita kenal, ada keserasian, ada jodoh, kita kahwin..

dan hanya Allah yang Maha Berkehendak dan Menentukan segalanya,
segalanya agak pantas, berkenalan, bertunang dan insyaAllah akan bernikah syawal ini.

dan nanti, keadaan mungkin akan jadi lagi unik,
perkahwinan jarak jauh (terengganu-kedah)
suami isteri di hujung minggu,
dengan masa yang agak terhad
cuti hujung minggu jumaat dan sabtu,
jumaat hari berehat,
sabtu kelas di UUM..

tanggungjawab sebagai anak, pensyarah dan pelajar
akan bertukar kepada isteri, anak, pensyarah dan pelajar,
walaupun cuma tambahan satu peranan,
namun peranan itu lah yang paling berat
tanggungjawab yang amat besar..

saya seorang yang unik..

jah seorang yang unik..

apa yang unik?

1. di saat perantau lain menyewa rumah secara berkumpulan, jah sewa rumah secara bersendirian
2. di saat kebanyakan rakan sekerja pergi ke konferens untuk jadi peserta, jah memilih untuk jadi pembentang kertas kajian
3. di saat kebanyakan rakan melanjutkan pelajaran dengan rakan yang lain, jah dengan beraninya melanjutkan pelajaran secara bersendirian, bertemu rakan baru di UUM
4. di saat kebanyakan rakan melangsungkan perkahwinan selepas tamat ijazah sarjana, jah sibuk nak kahwin ketika masih melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana










dah nak masuk julai?.. tidak!!!

dah x sampai 3 bulan untuk tarikh itu

jah rasa macam
tak puas lagi bermanja dengan mak, abah
tak cukup lagi berbakti sepenuhnya untuk mereka,
tak habis lagi ronda-ronda dengan padi dan nae,


Saturday, June 19, 2010

Bersangka baik terhadap Allah

kadang-kadang kite memang boleh terase kite yang selalu tak dapat apa yang kita nak,
kita yang selalu ditimpa malapetaka atau malang
dan pasti hati terdetik, kenapa asyik aku?

cepat-cepat istighfar balik
sebab
Allah yang maha memiliki
kita ini hambaNya
maka memang Dia berhak nak uji macam-macam kalau Dia nak
dan bila kita bersabar dan baik sangka masa diuji tu, InsyaAllah
ganjaran lebih baik menunggu kita

"Ya Allah.. Lindungilah kami dari rasa gelisah dan sedih, Lindungilah kami dari kelemahan dan kemalasan, lindungilah kami dari sifat pengecut dan bakhil. .. dan lindungilah kami dari tekanan hutang dan kesewenang-wenangan orang yang menagih hutang..."

Thursday, June 10, 2010

tentang makan

jah sangat suka makan..
segala makanan jah suka..
paling suka masakan kampung; segala lemak rebung, kerabu jantung, sambal petai, kerabu umbut kelapa, sua aje, jah pasti habiskan..
western n fast food pun same; spaghetti, olio, burger, pizza., semua jah makan..
itula penyebab badan yang terlebih berat ni..

jah sedar pentingnya diet seimbang,
jah ikut piramid makanan,
makan oat, minum low fat milk, kurangkan makanan berlemak,
pengambilan makanan yang betul mengikut waktu makan..

tapi sekarang,
jah takde mood nak makan,
tengok lauk pun rasa tak menarik,
pergi kfc n mcd pun rasa macam bosan,
jah memang tak makan malam sekarang,
sekadar minum air suam atau low fat milk,
esoknye langsung tak bertenaga untuk kerja..

jah beritahu k.jayanthi jah xde mood nak makan,
die nasihat suruh makan jugak,
sebab badan perlukan tenaga..
jah pun beli roti burger, daging burger dan sosej,
untuk makan malam,
jah buat burger..
kalau malas sangat, roti tu cicah je dengan low fat milk..

jah terfikir mungkin sebab makan kat luar, tu yang bosan.
jadi hari ni jumaat, jah terdetik untuk masak sendiri..
pergi ke pasar 'nat' pokok sena,
tengok segala sayuran dan bahan mentah,
hmm, tak menarik jugak..
jah cuba fikirkan menu-menu menarik,
cuba bayangkan kelazatan lauk-pauk,
untuk dapat idea nak masak ape..

tak berjaya,
jah cuma beli bendi rm1, limau nipis 50sen, bawang merah ngn bawang putih 90sen...
macam tak padan dengan naik kereta pergi pasar.

jah cuma nak masak nasi (cukup sekali makan), goreng ikan pekasam seekor, sayur air bendi..
cukupla..
makan untuk hidup,
malam ni paksa diri makan sosej pulak

plasma tv, HD tv, astro beyond...

org lain dh lame gune plasma tv, HD tv, astro beyond...
jah masih gune tv pulas-pulas...
hitam putih..
siaran t'ganggu..
tu pun ihsan k.na n k.ju..
diorg tggu jah dh beli tv sndiri, br amik balik...

hmm..
tp bila jah nk beli tv sendiri?
jah kurang tengok tv..
jarang-jarang...
sebab tu jah tak kisah pun dengan tv kotak kasut tu..

masalah cuma timbul
bila ade orang datang bertandang,
macam abah mak datang..
nak buat ape selain daripada duduk santai tengok tv?
sini bukan ade laman luas..

nanti jah cuba kumpul duit
untuk beli tv..

Wednesday, June 9, 2010

Monday, June 7, 2010

air mata

suke menangis.
tidur sambil menangis...

bangun pagi,
mata bengkak,
suara serak..

Tuesday, June 1, 2010

suam-suam kuku..

sekarang kembali heboh pasal keganasan Israel..
kali ni kerana mereka telah menyerang misi penghantaran bantuan kemanusiaan dari pelbagai negara..
jah tak perlu cakap banyak.
semua orang boleh baca di akhbar
layari di web, tonton di kaca tv..

apepun, apa sebenarnya yang kita boleh buat bagi membantu saudara seagama kita dalam menentang kekejaman Zionis?
1. berdoa, itu yang paling mudah dan paling mampu dilakukan
2. mengutuk tindakan mereka? - apakah mereka akan dengar dan ambil endah?
3. boikot produk Israel? - mula-mula memang beriya-iya, lepas tu diam kembali..

jadi, apa yang sebenarnya boleh kita lakukan?
tanya iman sendiri..

Sunday, May 30, 2010

jah suka jadi cikgu

jah suka jadi cikgu!

cuma bila keadaan berikut wujud:
1. bersedia sebelum kelas
2. pelajar sangat aktif dalam kelas
3. pelajar faham ape yang jah ajar
4. pelajar tanya kalau tak faham

.....

kalau tak, jah akan tensi n takde mood ...

belajar dulu sampai habis

die cakap jah makin tak bersemangat.
tapi awak, saya jadi macam tu, bukan sebab awak, jangan salah faham, tau

saya dah nak "burn out" kat sini
tapi saya nak pastikan
saya habis dulu masters

belajar dulu sampai habis..

Monday, May 24, 2010

dah kena mula bersiap ek? ;)

Tips Pemilihan Fabrik

1. Pilihan terbaik ialah fabrik lembut yg tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang pada prinsip berpakaian sopan, tidak menonjol.

2. Elak memilih kain satin

3. Fabrik terbaik buat anda seperti sifon, georgette, cita & sari yang kurang berkilat




Tips Potongan Pakaian

1. Pakaian wanita bertudung seharusnya longgar tapi tidaklah sehingga nampak menggeloboh kerana ia akan mencacatkan penampilan

2. Jika memilih fabrik lembut & jarang, pastikan ada lapik di dalam

3. Elakkan memakai pakaian yg melekap di tubuh kerana ia terkeluar dari prinsip berpakaian mengikut syariat.

4. Elakkan memakai kain yang ketat & terbelah

5. Blouse harus labuh dari bahagian pinggul serta elakkan berlengan pendek

6. Pastikan bahagian leher yang berpotongan luas & lebar ditutup dgn tudung utk memelihara aurat wanita.

7. Bagi pengantin montok, elak mengenakan pakaian yang ketat dengan tujuan utk mengecilkan sedikit tubuh anda. Ia usaha sia2 sebaliknya ia akan menonjolkan lagi bahagian yg tidak perlu pada tubuh anda.

8. Fabrik cita sesuai utk tubuh wanita yg montok. Elakkan fabrik satin kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan lebih besar dari saiz asal.




Tips Pemilihan Warna

1. Wanita bertudung harus memilih warna yang lembut serta tidak menjolok mata contohnya, merah samar, biru lembut, krim atau putih

2. Elak warna yang menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga & kuning diraja

3. Utk majlis akad nikah, warna krim atau putih antara pilihan terbaik.




Tips Hiasan Kepala

1. Anak tudung penting untuk dipakai bagi mengemaskan lagi rambut. Selain itu ia bertindak sebagai pemegang pada tiara. Ia menjadi asas supaya tiara tidak terlucut.

2. Elak memilih anak tudung dari kain yang berkilat, ini membuatkan tiara mudah jatuh.

3. Paling sesuai, pilih anak tudung yang dibuat dari kain kasa atau cita , ini untuk mengelakkan dari rasa terlau panas di kepala.




Tips Memilih Layah

1. Mini telekung mesti ringkas andai layah yg digayakan sudah dihiasi dengan jemeki atau batu permata

2. Apa jua hiasan pada layah ia harus tidak menyemakkan bahagian kepala dan muka

3. Hiasan layah perlu dijahit pada bahagian tepi layah sahaja. Elakkan hiasan yg terlalu penuh dan merimaskan.

4. Andai mahu menggayakan tiara, pastikan dari bentuk bulat.
5. Elak menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal bg pengantin bertudung.

6. Jika mahu menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elak memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.

7. Pemilihan batu permata atau jemeki juga harus diambilkira. Elak memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Jangan ubah diri anda dari pengantin kepada penari.



Tips Memilih Kasut

1. Kasut bertutup penuh adalah potongan kasut yang tepat buat pengantin bertudung.

2. Elakkan kasut yg terbuka di bahagian jari kaki. Kecacatan pada penampilan akan lebih terserlah.





Sumber: Pesona Pengantin Oktober 2002

dulu lain, sekarang lain

dalam kepala jah
tak henti-henti berfikir
nak buat tu
nak buat ni

tapi apepun
tugas perlu diutamakan

sekarang
dah tak macam dulu
boleh balik awal

sekarang
memang dah macam kerja ofis
sampai umah dalam 5 petang

hhuhuhuhuu

jah dah tak minat ngan kebun mini jah
jah dah tawar hati
sebab rumput cepat naik panjang
asyik kena potong
takpun kena racun

jah tak suke

pokok ros pulak
cuma berbunga time jah takde

sedih

tapi
serius jah dah takde mood

balik rasa nak rehat je

rasa macam nak jadi fulltime housewife
duk umah je

boleh ke?


Saturday, May 15, 2010

Mengajar dan mendidik...

selamat hari guru!

-ucapan yang mula jah terima seawal 15 mei di laman facebook, sms dan email

jah renung kembali,
layakkah jah mendapat ucapan ini?
rasa macam banyak kekurangan daripada apa yang sepatutnya jah lakukan dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik sebenar,,

MENGAJAR dan MENDIDIK adalah dua perkara berbeza,
yang pasti akan menghasilkan kesan yang tidak sama
jah cuba amalkan mendidik
sampai kadang-kadang, objektif pengajaran tak kesampaian

ade juga pelajar yang bertanya, miss jaja ni sebenarnya nak ajar English ke nak bagi ceramah agama?
=)
jah cuma tersenyum,
pada jah, tanggungjawab mendidik tak semestinya berkait dengan bidang kepakaran yang dimiliki sahaja,
dan dengan ilmu agama yang tidak seberapa (dan masih mendalami)
jah akan berkongsi dengan para pelajar apa sahaja yang jah temui dalam pembacaan, dan pemerhatian jah
supaya pelajar terdedah dengan apa yang sebenarnya berlaku di luar sana,
semoga lebih bersedia
dengan kehidupan yang penuh cabaran
yang akan memerlukan kekuatan iman dan pengetahuan

kepada pelajar yang disayangi,
adakala, jah rasa sangat stress dan tak bermotivasi untuk datang kerja,
tapi bila memikirkan gelagat kalian yang pelbagai, baru bersemangat balik untuk kerja









Sunday, May 9, 2010

yang disayangi dan dirindui..

sebahagian famili di hari raya 2009

5 daripada 7 cucunda lelaki Haji Ab Hamid

dinda-dinda terchenta yang happy sentiasa


Saturday, May 8, 2010

bulan baru, semester baru dan status baru (?) .. :)

hari ni hari kedua jah kembali bertugas selepas 3 minggu bercuti (betul-betil cuti hanya 10 hari)

minggu pertama: tugasan matriks di hotel sentral, kuala lumpur
minggu kedua: exam di uum (1 hari yg agak packed) dan majlis bersejarah itu :)
minggu ketiga: cuti yang sebenar

bulan mei 2010 dimulakan dengan satu fasa perubahan status,
menuju ke fasa hidup seterusnya..
insyaAllah, doakan semuanya lancar
dan semoga dikuatkan lagi iman kami untuk menghadapi hari-hari mendatang, amin

kembali ke pokok sena untuk meneruskan tugas dengan semester baru ambilan terakhir program matrikulasi KPM di kolej MARA kuala nerang, kedah..

malam esok, jah akan berkelana lagi,
seorang diri ke melaka untuk menghadiri MICELT di hotel equatorial, melaka.
harap dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan baru hasil cambahan minda mereka yang berpengalaman luas dalam teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris untuk mendidik dan memperkasakan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar

dan
kali ini, jah agak relaks,
masters tengah cuti semester,
insyaAllah, semoga jah beroleh keputusan yang baik
jah dah buat yang terbaik





Tuesday, April 13, 2010

hidung saya berlari-lari

kelas masters untuk semester disember 2009-april 2010 telah tamat sabtu lepas..
alhamdulillah, segala pembentangan dan tugasan dah selamat disempurnakan..
tinggal satu exam je pada 26 april ni
insyaAllah, usaha ulangkaji sedang dijalankan..

matrix pula tengah final exam, tiada kelas, cuma perlu siapkan ape-ape keje yang masih ada sebelum pulang bercuti untuk 3 minggu..

dan
badan dah rasa sangat letih, mungkin kesan terlampau sibuk siapkan assignments, uruskan hal students..
bersin tak henti-henti..
bunga-bunga batuk dah kedengaran

semalam pulak,
pergi makan nasi lauk gulai batang patang pisang dan rebung..
walaupun just amik kuah
x makan pun rebung tu,
tapi kesannya,
batuk makin teruk, dada terasa pedih dan sesak
selsema mula muncul..

demam dah terasa
huhuhuhu
janganlah demam
lusa nak drive balik ganu
pastu nk g kl lagi...

rabbuna yasyfik, hafizah!



Thursday, April 8, 2010

dilema aku (mungkin juga kamu) yang bernama perempuan di abad ini..

perempuan memang kena lebih jaga diri berbanding lelaki..
kerana perempuan itu memang sasaran fitnah..
walaupun tak buat apa-apa, duduk diam-diam sorang-sorang...

pasal status perkahwinan:
masih bujang-
orang sibuk tanya, bila nak kahwin? kenapa memilih sangat? dll..
kalau kawan dengan lelaki, cakap perempuan menggatal,
kalau kawan dengan perempuan, cakap perempuan tu lesbian..
tak kawan dengan siapa-siapa, cakap perempuan tu anti sosial..

bila dah jumpa pasangan-
orang duk bandingkan pula: kenapa orang tu? bukan ke dia tu cuma macam tu macam ni? kau kan layak yang macam ni macam tu?

dah kahwin-
orang tanya: bila nak dapat anak? merancang ke?
kalau tak dapat anak lagi, perempuan lebih dipersalahkan, walaupun ada kalanya, lelaki juga punca masalah tu..
perempuan kena sentiasa cantik dan jaga badan,
kalau tak, nanti suami jadikan alasan untuk cari lain...
dan seterusnya..

pasal status pendidikan:
orang cakap: perempuan tak payah la belajar tinggi-tinggi, nak buat apa, nanti kahwin, duk umah jaga suami anak jgk..
ade jugak orang yang cakap, cukupla dh ada ijazah, nape nak kejar buat sarjana pulak? t makin pandai, makin orang x berani masuk meminang...


pasal kerjaya:
realiti kini perempuan memang bekerjaya..
tuntutan hidup memaksa perempuan, walaupun dah kahwin, masih kena kerja..
dan
kenyataan juga, kadang-kadang, perempuan ada kerjaya yang lebih baik daripada lelaki..
bila perempuan jadi bos, orang akan cakap, nanti buat keputusan secara emosional,, etc.


nape jah tulis benda ni? jah pun tak tahu.. semua tak ade kaitan.. tapi semua berselirat dalam kepala...


semat dalam kepala, hati dan jiwa, hidup ini seketika sahaja. mati itu pasti.. ingat kembali tujuan kita dihantar ke dunia ini..

Sunday, April 4, 2010

pening

sabtu kehujanan balik dari kelas SLA..
malam dah start pening..

semalam pun pening..
rehat sekejap..
sakit lagi kepala..
assignment tangguh lagi..

hari ni dah bersin..
jangan lah demam..
nak kena siapkan final project rabu ni..

rabbuna yasyfik, hafizah ab hamid!

Thursday, April 1, 2010

tersepit dan keliru

jah rasa sedih, tersepit dan keliru..

fokus untuk studi terganggu..

agaknye kalau la bahagian otak tu boleh cabut satu persatu, nak je buat macam tu... bab-bab masalah simpan dulu.. sebab nk studi je..

tp jah segera teringat, jah hanya hambaNya, memang layak diuji..
dan sesungguhnya dunia ini ujian semata-mata..

Ya Allah kuatkanlah iman jah, tabahkan hati jah, dan janganlah Engkau duga jah dengan apa yang tak mampu jah hadapi.. semoga segalanya akan berkesudahan dengan baik, amin.. ;)

Sunday, March 28, 2010

Rindu yang bertamu..

Aaa….
Rindu itu adalah anugrah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu 2X
Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagian

Orang-orang bertakwa rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan keredhaan tuhanNya
Orang mukmin merindukan anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehan keluarga yang bahagia
http://www.free-lyrics.org

Aaa…
Rindu itu adalah anugrah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagian

Para pencinta kebenaran rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan keampunan tuhannya

Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan
Dan seluruh umat itu merindukan cahaya yang menyinari kehidupan
Rindu kepada tuhan 3X

Thursday, March 18, 2010

pagi yang indah, ayuh nikmati bersama :)

assalamualaikum, salam pagi jumaat

jah suke suasana awal pagi.. damai, nyaman dan sejuk..
kalau kat kampung, boleh ke pantai, tengok matahari naik..

kat sini, jah suke tengok pokok-pokok jah yang hijau tu masih segar dibasahi embun..
tenang rasa di hati dan minda yang sentiasa sarat dengan macam-macam urusan

jom bangun pagi, jangan la tidur semula lepas solat subuh..
nanti kita akan banyak ketinggalan..

dulu jah pun macam tu, zaman duk asrama smkara.
lepas subuh, makan nasi lemak kat dining, jalan-jalan pagi keliling sekolah dan asrama..
segar terasa angin pagi..
tapi balik dorm, sambung tidur sebab penat jalan dan kenyang perut..
bile bangun dah nak masuk zohor, banyak perkara masih tak siap.. kan dah menyesal..

di matriks dan uitm, sama la jugak.. malah lagi teruk, sebab kat sana tiada sesi jalan-jalan bersenam di hari minggu.. fikiran cuma fokus untuk tidur.. konon tak cukup rehat sebab dah penat stay up untuk study dan siapkan segala assignment dan presentation.

balik kampung, keadaan makin kronik..
bekumpul dengan adik-adik yang juga masih study, memang ade geng tidur..
mak dan abah dah bising..

bila dah masuk kerja, jah paksa diri untuk berubah..
diri dah lama tahu dan faham kebaikan dan kelebihan bangun awal, perlu segera bertindak..
hasilnya, jah ada cuba tidur selepas subuh di hari jumaat sebab penat, tapi tak lena..
bangun, dan lakukan apa-apa yang patut..
banyak yang mampu dibereskan..
kan bagus tu

dan apabila bergelar pelajar di kala sedang bekerja sekarang,
sememangnya, waktu 24 jam sehari itu harus dimanfaatkan sebaik mungkin..
setiap hari akan bangun 5.45 pagi, masuk tidur 12tgh malam.
di hari minggu yang cuma sehari untuk jah, jadual tetap sama.
dan jah tidak sambung tidur selepas subuh..
study, siram pokok, kemas umah, solat dhuha, masak dan macam-macam lagi boleh dilakukan..

dan
boleh tidur sekejap sebelum zohor untuk segar di malam hari bagi tujuan study dan solat di tengah malam..

okey teman-teman, tinggalkan katil anda, mandi dan ayuh manfaatkan hari jumaat yang indah ini ;)





Monday, March 8, 2010

Baraka Allahu Lakuma ;)

salam,

jah terima satu lagi undangan walimah sempena cuti sekolah minggu hadapan...
jah minta maaf, memang tak dapat hadirkan diri memeriahkan majlis..
apapun jah titipkan doa:

"Baraka Allahu Lakuma"
(Semoga Allah memberkati kedua-dua pengantin)
yang diambil dari lagu Maher Zain

dan InsyaAllah, semoga dikurniakan zuriat soleh dan solehah dan sentiasa dalam keredhaan Allah di dunia dan bersama di syurga kelak.. amin ;)

dan hadis-hadis di bawah, jah ambil dari coretan undangan perkahwinan tersebut, rakan SMKARA, Halimah bt Ahmad:

Sabda Rasulullah SAW,
"Rahsiakanlah pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (hadis riwayat ahmad daripada Abdullah bin Zubair r.a., disahihkan oleh Al-Albani dlm irwa' Al-Ghalil)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum:20)

"Tidak ada terlihat indah oleh dua orang yang menjalin cinta kasih selain bernikah" (hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim dari Ibnu Abbas)

kenapa band indon sangat banyak lagu unsur agama?

salam..


hari ini jah tanya pada kawan-kawan: "Lagu apa yang sangat memberi inspirasi dan semangat?"

macam-macam tajuk lagu diberikan, kebanyakannya lagu Inggeris.

seorang rakan dikenali ketika BTN, menjawab: " jaja, dengar saja lagu mari solawat daripada wali band"

jah pernah dengar lagu tu.. dan jah pasang lagi..

lirik yang menarik, selawat sambil memberi teguran


dan jah mula perasan, band indon (yang ahlinya orang Islam) pasti akan hasilkan lagu bercorak keagamaan walaupun fokus mereka pada pop komersil..

antara contoh, ungu yang popular dengan lagu kekasih gelapku, hasilkan lagu andai ku tahu berbicara tentang takutnya kita akan mati yang pasti, tapi tak pernah srik melakukan dosa..


dan contoh seterusnya, wali band ini yang cukup popular dengan lagu cari jodoh, tampil dengan lagu taubat maksiat dan mari shalawat..

tapi agak jarang untuk ketemu band dari Malaysia yang begitu... kenapa ye?

mari fikirkan sambil amati lirik mari shalawat (mp3, cari sendiri ye ;) )


mari shalawat by wali band

shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah

Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah

Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita shalawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan

BUkan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan

Saturday, March 6, 2010

tak sabar tunggu april ;)

kereta abah, sangat banyak nostalgia ;)


17april - 8 mei ni, matriks akan cuti, tamatnya sesi 2009/2010
maka, jah x sabar tunggu tarikh itu..
harap-harap, kelas master pun akan tamat pada 16 april..
dan akan ada final exam, mungkin bulan 5 kut..

marking session pulak 17-22 april kt KL,
again, bercuti di KL - harap2 boleh ikut ;)
tapi kalau kelas dilanjutkan pun, at least, jah masih boleh balik ganu pada hari kerja \(^0^)/


nak balik ganu!!!

bila kehendak badan tak dituruti..

salam

hari ni sabtu, 6/3/2010..
awal pagi jah dah keluar untuk hadiri hari ko-kurikulum di kolej..
tak sibuk mana..
tapi penat terasa juge

tepat 11am, jah gerak ke uum,
kelas ELT Curriculum Design bermula 12.30pm,
jah sukarela memulakan pembentangan tugasan,
kena komen dan kritik,
perkara biasa, untuk perbaiki mutu tugasan..
rakan-rakan lain selepas jah, teruk dikomen dan dikritik,
ada yang kena balik buat semula..
jadi jah pun konfius, betul ke tak yang jah buat ni?

kelas yang sejuk, bahang perbincangan dan kritik sebabkan jah rasa tak selesa, mula terbatuk-batuk..
dalam hati berdoa, janganlah asthma, jah x bwk ubat..
maka jah duk minum air masak bekal aje la.. Alhamdulillah, x melarat..

dek kerana lamanya, jangka masa pembentangan dan sesi soal-jawab (komen kritik), kelas berakhir 3pm lebih..

jah dan kawan-kawan berkejar pula ke canselori untuk kelas Second Language Acquisition (SLA) 3-6pm..
setiba di sana, solat dulu..
makan memang tak sempat..
masuk kelas 3.30, mr v dh mulakan kelas..
ketika itula, jah mula terasa seram sejuk, panas suam, berpeluh dingin walaupun bilik mesyuarat itu dilengkapi pendingin hawa..
jah cuba untuk fokus...
apatah lagi, artikel yang tujuh itu, hanya 2 habis dibaca, itupun tak lekat di minda... huhuhuhu

dan,
mr v mengumumkan khabar kurang gembira, assignment 3 yang sepatutnya dihantar pada 27 mac 2010, akan dipendekkan ke 20 mac 2010 bersama assignment 2..
nampaknya, memang jah akan stay up je sekarang sampai habis semester..

setiba di rumah jah 7.30pm, jah dah tak terkata penat,
panaskan lauk dan nasi,
makan, dan minum 100 plus dan sunquick..
beg dan buku letak di tepi..
maaf,
malam ini nak rehatkan badan dan minda..

badan dah mula memberi petanda,
jangan lasak sangat..


Monday, March 1, 2010

bersusah-susah dahulu..

salam..
alhamdulillah.. hari ni jah berjaya puasa..
terima kasih hadi, tolong kejutkan untuk sahur tadi.

agak letih dan penat bila mula berpuasa..
kawan-kawan pula bawak bekal makanan yang best...
sabar, kuatkan iman..

petang, jah tertidur lagi.. penat sangat..
rasa menyesal sangat.. tertidur dalam waktu asar..

bangun, solat asar..
masak nasi goreng belacan dan goreng keropok lekor..
alhamdulillah, ..

dan jah rasa, jah nak cuba amalkan puasa sunat isnin dan khamis..
niat kerana Allah,
untuk lebih tenangkan jiwa dan hati, bonusnya mungkin dapat kurangkan berat badan..
harap-harap berjaya.. insyaAllah