november dan disember
biasanya cuaca akan hujan
1.musim cuti sekolah
2.musim banjir
3.musim orang kahwin
1. cuti sekolah dah mule, bestnye kawan-kawan jah yang kerja jadi cikgu.. dapat cuti sebulan lebih.. kadang-kadang terlintas jugak menyesal tak jadi cikgu, kerja dengan matrikulasi, cuti pensyarah kurang,.. MARA pulak banyak tugas sampingan.. bersyukur je apa yang ade.. Alhamdulillah ada kerja tetap, di saat orang lain masih menganggur. cuti sekolah, jalan tenang, boleh gerak ke kolej lambat skit.. happy!
2. musim tengkujuh di terengganu, pahang dan kelantan,.. itu dulu. sekarang banjir dah melanda kedah, perlis, perak dan pernah satu ketika johor. dan jah yang berada di ceruk kedah ni jugak terasa kesan banjir. bila hujan turun tanpa henti, jalan dari pokok sena ke alor setar akan terputus hubungan, susah jadinya. macam tu juga jalan dari pokok sena ke kuala nerang, jalan dipenuhi air. ditambah pula dengan keadaan jalan yang teruk, berlubang-lubang, memang buruk situasinya.
3. kad jemputan kahwin memenuhi ruangan facebook. sekarang upload je di facebook, senang, jimat kertas, masa dan wang. jah rasa aneh bila musim kenduri kali ni tiba. dulu terasa sedih dan sepi sebab masih sendiri, nak lagi bila dapat jemputan kahwin, duk terfikir, bila lagi giliran jah? tapi kali ni, jah rasa macam ok je.. siap rasa dah selesa pergi ke sana sini seorang diri. adakah jah memang dah tak kisah hidup sendiri? mungkin dengan perubahan masa dan pertambahan usia, jah akan jadi lebih matang? bagusla
No comments:
Post a Comment