Monday, November 30, 2009

biarkan ia berlalu

hari terakhir di bulan november 2009

di tengah keriuhan hari keluarga kolej
jah hilang dalam ramai
sepi dalam hiruk pikuk jeritan budak kecik

jah terjumpa satu pelan hidup yang menarik
hidup ini tak lama
hidup ini hanya persinggahan

dah ramai orang cakap macam tu
cuma hari ni baru jah sedar
cuma hari ini baru terasa ngeri
cuma hari ini baru terasa gentar

dah cukup ke amalan untuk dibawa ke sana?
mampu ke mengatasi dosa-dosa yang telah dilakukan?

lupakan sejenak
soal peribadi, keluarga dan kerjaya
andai kata maut menjenguk dengan tiba-tiba
sudah bersediakah jah dengan sakaratul maut?

maka dengan pertambahan usia yang akan tiba kurang lebih 4 bulan lagi
semakin hampir masanya untuk jah bertemu denganNya
langsaikan segala hutang denganNya secepat mungkin

mak, abah, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, saudara mara, rakan semua,
jah mohon maaf
andai ada terkasar bahasa, tersalah laku dengan kalian semua

Saturday, November 28, 2009

dah berakhir..

teman - teman,

segalanya dah berakhir
jah tak sepadan dengannya
salah jah kerana terlalu mengharap
patut ukur baju di badan sendiri
tapi jah tetap nampak baju orang lain cantik dan nak cuba pakai
dah terlambat baru jah sedar
duit tak cukup nak beli baju cantik
kalau mampu beli pun,
tak muat nak pakai
jah gemuk


apapun
terima kasih atas doa dan kata semangat


hidup ini harus diteruskan
'ia' benda kecil
benda remeh-temeh yang memberatkan kepala
hidup ini bukan hanya untuk perkara itu

kurang lebih satu bulan
untuk pertukaran tahun
pertambahan usia

harap jah akan jadi
lebih matang
jangan cengeng
lebih berani
jangan gentar
lebih tegas
jangan lembik

Sunday, November 22, 2009

walimatul urus jah dan ..?

harum nasi minyak
manis air sirap
meriahnya kenduri kahwin
mempelai tersenyum bahagia

aku duduk di sudut khemah
menikmati enaknya berkat nasi kenduri
sengaja cari privasi
tapi soalan itu datang juga


"fizah bila lagi?"
aku juga tertanya
lalu
bagaimana aku boleh jawab
selain dengan hanya senyum manis
jika aku sendiri
tiada jawapan

cuti sekolah datang lagi..

november dan disember
biasanya cuaca akan hujan

1.musim cuti sekolah
2.musim banjir
3.musim orang kahwin

1. cuti sekolah dah mule, bestnye kawan-kawan jah yang kerja jadi cikgu.. dapat cuti sebulan lebih.. kadang-kadang terlintas jugak menyesal tak jadi cikgu, kerja dengan matrikulasi, cuti pensyarah kurang,.. MARA pulak banyak tugas sampingan.. bersyukur je apa yang ade.. Alhamdulillah ada kerja tetap, di saat orang lain masih menganggur. cuti sekolah, jalan tenang, boleh gerak ke kolej lambat skit.. happy!

2. musim tengkujuh di terengganu, pahang dan kelantan,.. itu dulu. sekarang banjir dah melanda kedah, perlis, perak dan pernah satu ketika johor. dan jah yang berada di ceruk kedah ni jugak terasa kesan banjir. bila hujan turun tanpa henti, jalan dari pokok sena ke alor setar akan terputus hubungan, susah jadinya. macam tu juga jalan dari pokok sena ke kuala nerang, jalan dipenuhi air. ditambah pula dengan keadaan jalan yang teruk, berlubang-lubang, memang buruk situasinya.

3. kad jemputan kahwin memenuhi ruangan facebook. sekarang upload je di facebook, senang, jimat kertas, masa dan wang. jah rasa aneh bila musim kenduri kali ni tiba. dulu terasa sedih dan sepi sebab masih sendiri, nak lagi bila dapat jemputan kahwin, duk terfikir, bila lagi giliran jah? tapi kali ni, jah rasa macam ok je.. siap rasa dah selesa pergi ke sana sini seorang diri. adakah jah memang dah tak kisah hidup sendiri? mungkin dengan perubahan masa dan pertambahan usia, jah akan jadi lebih matang? bagusla

Monday, November 9, 2009

saya rindu awak!

awak
saya tertengok gambar awak
terus jantung berdebar-debar
perasaan bercampur aduk

rindu, suka, sayang, pilu..
saya pasti awak tak tahu perasaan saya

kan bagus
kalau awak tahu perasaan saya
kalau awak rasa apa yang saya rasa


awak,
saya rasa awak tahu siapa awak

Sunday, November 8, 2009

gembira kembali ;p

akhirnya kelas masters untuk semester pertama dah tamat semalam.
yeay!
diakhiri dengan 2 kuiz yang jah terlepas sebab mak sakit..
walaupun dah ulangkaji, tapi masih tak tahu nak jawab ape..
huhuhuhu
semester pertama ni jadi pengajaran.
apepun harap keputusan cemerlang, amin

semester depan nak lakukan lagi baik..

apa yang best, lepas kuiz ade makan-makan ! \(^0^)/
jah siap tapau lagi.. hehehehe