jumaat, 12 jun 2009
0821
udara sejuk
terasa seperti bukan di alam el-nino
milo panas bercampur oat
buat pengalas perut
buku-buku menanti
untuk diteliti
aku masih di sini
melarikan jari jari di atas papan kekunci
dedaun pokok lebar tersenyum
dibaluti titisan embun 
rumput liar segar
botol racun menanti
aku masih di sini 
cuba bertahan dari godaan katil yang empuk
 
No comments:
Post a Comment