telipot itu sejenis bunga yang amat kukuh, cantik dan teguh. saya berharap, saya dapat menjadi seperti si bunga telipot ini.
Tuesday, April 22, 2008
Dari mengabang telipot ke kuala nerang
jika sebelum ini
jah cukup bangga dengan pantai di mengabang telipot
seronok bercerita dengan teman-teman di uitm
bahawa kampung jah dekat dengan pantai
best
petang-petang boleh jalan-jalan menyusuri pantai
apa lagi diorang jeles la
sebab kebanyakan mereka berasal dari negeri yang bukan pesisir pantai
tapi sekarang
bila tugas memaksa
jah berpindah
dari pesisir pantai ke kawasan bendang
eh, bukan bendang jugak
lebih kepada kawasan bukit, ladang getah dan kelapa sawit
awal pagi nak pergi kerja
mesti melalui kawasan berkabus
nyaman terasa
subhanallah, cantiknya!
kadang-kadang rasa macam kat "oversea" pulak
barisan pokok getah kelihatan segar macam pokok pine
walaupun jah tak pernah jejak kaki ke negara 4 musim
tapi berdasarkan apa yang jah tonton di kaca tv
macam tu la keadaannya
mungkin betul ape yang jah pernah baca
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
jah terasa sedih sebab terpaksa tinggal kampung halaman
tapi sebenarnya Allah nak bagi peluang jah rasa hidup di tempat baru
berkelana mengembara mengenal bumi Allah yang masih luas ni
takdelah duduk kat telipot aje
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment