Friday, July 31, 2009

Cuti sudah habis

salam jumaat

hari ni 31 julai 2009 (9 syaaban 1430H)

jah sampai dari terengganu lewat malam tadi
penat
walaupun bukan jah yang drive
penat
sebab jah travel dalam keadaan kurang sihat

2 minggu cuti
episod pergi balik naik turun bas
pokok sena - sintok-pokok sena - alor star- k.terengganu-alor star-pokok sena-sintok-pokok sena-alor star-k.terengganu
kenapa asyik ulang alik?
sebab jah ada banyak tanggungjawab:
1. Pekerja - boleh cuti 2 minggu tapi masih perlu siapkan markah sebelum tamat cuti
2. Pelajar sarjana separuh masa - tempat kerja cuti, tapi kelas master tak cuti
3. Anak - kena balik kampung jenguk mak abah
4. Kakak - tolong uruskan adik-adik di Permatang Pauh
5. Ibu saudara - kena tolong jaga anak-anak buah di kampung


Duduk di kampung, jah sibuk layan anak-anak buah. Keadaan agak stress. Irsyad, 13, ikhwan, 10, dan hakim, 8. Mereka sangat-sangat nakal. Tapi jah rasa mereka sengaja nakal sebab nak perhatian. Ummi mereka sudah hampir 2 bulan beraa di HSNZ, menjaga adik bongsu mereka Haziq, 4 bulan lebih, di ICU kerana VSD (jantung berlubang) dan pelbagai penyakit lain. Abah mereka pun sibuk bekerja dan pulang sekejap pada petang dan kembali ke HSNZ untuk bergilir jaga Haziq. Jadi yang tinggal, hanya Tok Abah, dan Opah.
Maka apabila ada emak saudara atau bapa saudara mereka yang pulang ke kampung, sangat-sangat gembira la mereka ini. Macam-macam. Dan mereka sengaja buat perangai supaya orang marah. Itu pada pandangan jah. Sebab mereka tahu, ada orang bagi perhatian kepada mereka, tidaklah asyik cakap pasal adik Haziq.
Jah cuba layan mereka. Bawa jalan-jalan pergi pasar malam, main teka-teki bila nak masuk tidur, tidur pun dengan mereka kat tengah ruang tamu. Tapi kadang-kadang sabar tu tercabar jugak. Penat suruh mereka mandi dan solat. Nak suruh urus beg sekolah dan pakaian sekolah. Mereka buat endah tak endah. Sengaja.
Hasilnya, jah mula rasa geram. Tambah pula bila asyik fikir pasal Haziq yang keadaan sentiasa kurang stabil, masih tak boleh dibawa ke IJN. Kadang-kadang pening pasal hal peribadi.
Kemuncaknya, jah rasa kurang sihat, tekak terasa perit. Dah mula bersin. Asthma mula nak menyerang. Rabu malam bersiap ke klinik. Mak suruh bawa Ikhwan sekali kerana dia pun asthma pagi tu. Irsyad dan Hakim sibuk nak ikut. Akhirnya, semua pergi. Orang ramai di klinik. Doktor periksa Ikhwan dahulu. Tak ada asthma pun, tapi dinasihatkan jangan makan aiskrim untuk 2 minggu.
Doktor periksa jah. Dia cakap ada asthma, batuk, selsema. Tekak dah mula merah. Suhu agak tinggi. Mata pun dah menunjukkan tanda-tanda suhu meningkat. Demam baru nak mula, kata doktor. Jah pun tanya, demam H1N1 ke? Jah takut, sebab asyik pergi hospital untuk lawat Haziq... Mana la tahu. Doktor cakap, demam biasa je. Jah pun minta buat ujian diabetes, tak tahu kenapa tetiba rasa takut. Doktor tanya keluarga ada sejarah diabetes ke? Ya, abah dan mak. Adik beradik? Tak ada. Doktor cakap ok. Cucuk jari kiri. Sambil tunggu keputusan ujian, doktor ambil tekanan darah. Doktor terkejut, 140/70. Jah pun terkejut. Doktor cakap agak tinggi untuk jah yang berumur 25 tahun. Doktor suruh rehat dan pergi periksa lagi dalam waktu seminggu. Alhamdulillah, ujian diabetes negatif. Tapi doktor suruh makan secara sihat, bersenam, kurangkan berat badan dan elakkan stress.
Jah rasa ini semua mesti sebab stress..

Thursday, July 16, 2009

Cuti datang lagi.. =)

16 julai 2009

esok bermula cuti pertengahan semester 1 untuk program matrikulasi
jah yang juga warga kolej dapatla tumpang bercuti

YEAY!!!!!

boleh balik kampung
tak sabar:
1. nak pergi tengok haziq yang dah masuk ICU balik
-cepat stabil tau, 21 julai appontment di IJN-
2. nak jumpa abah, mak, baling 3 beradik
3. nak jalan-jalan makan angin tepi pantai
4. nak makan sepuas hati
-rindu sangat dah makanan n minuman terengganu
4. nak rehat
-walaupun jah dah pasti akan sangat sibuk di kampung nanti

tapi kena sabar jugak
esok rehat n kemas umah
sabtu pergi kelas
balik kelas
naik bas kt shahab at 9.30

insyaAllah
jah akan jejak bumi terengganu 5.30 pagi 19 julai ahad

Tuesday, June 23, 2009

jah suka lagu ni!

Lirik Hey Ladies - Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua lelaki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Friday, June 19, 2009

jah rindu haziq...

jumaat, 19 jun 2009
1808

padi sampai umah jah awal pagi tadi
die cerita pasal haziq

haziq masih di ICU
dengan wayar berselirat di badan

sedih dengar,
rindu haziq

rasa macam nak balik je nak tengok dia
tapi
tak boleh
kekangan kerja

Rabbuna yasyfik, Haziq!

p/s: kepada sesiapa yang melawat dan membaca entri ini, harap dapat sama-sama doakan haziq cepat sembuh., terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Sunday, June 14, 2009

. . .

isnin, 15jun 2009
0728

bangun awal
mandi solat

semangat terasa kurang
tapi
pukul 7 kereta dah meluncur di atas jalan
jiwa terasa kosong
sedar-sedar dah sampai kolej

kenapa jadi macam tu?
jah pun tak tahu

Alhamdulillah..

ahad, 14 jun 2009
1905

sedang asyik memotong daun serai
awan berarak

terik mentari masih terasa
awan warna kelabu campur oren

di selatan sana
titisan hujan
menjadi tabir langit

tetiba
pipi terasa basah

dongak ke langit
rahmat Tuhan
membasahi wajah

Alhamdulillah, hujan turun jua
Pasti
Dia belas pada ratapan doa
pokok - pokok hijau yang hampir layu

tentu sekali tidak pada
umatNya yang semakin jauh

Saturday, June 13, 2009

kenduri time =)

antara buah tangan daripada pihak en zul, kicap =)

jah dan pasangan pengantin comel, zul dan linda

sabtu, 13 jun 2009
2127




penat
tapi gembira


berjaya jugak pergi kenduri en zul kt tanjong piandang
walaupun tunggu 2 jam untuk pengantin sampai


puas hati
layanan special
sekejap orang angkat kuih-muih
sekejap lagi letak air teh
lepas tu, hala kipas elektrik kat kami pulak
jemputan lain semua pandang ala tak puas hati

hadiah pun unik (antaranya, kicap tamin) =)




congrats zul n wife!


terima kasih atas layanan yang sangat baik


may Allah bless both of you, ameen =)
p/s: thanx to kak nurul n kak jayanthi, sudi teman jaja sampai ke tanjong piandang =)