Sunday, July 20, 2008

ukhuwah itu amat sukar untuk ditafsir...

Duhai hati

Hati ini sudah lama tidak berperasaan..

Kering, kemarau,

Mungkin berhabuk


Yang ada sudah pergi…

Yang tiada makin menghilang…

Yang disini belum tentu memahami…

Yang faham belum tentu mendengar…

Yang mendengar belum tentu merasai…


Diri yang merasai… segalanya perlu ditelan…

Biar pahit… biar keras… namun amat berguna…

Agar menjadi lebih kuat…

Kadang-kadang kita perlu meluahkan,

Kerana kebiasaan sukar ditafsir,


Pandangan sukar

Dimengertikan…

Somehow

Unpredictable


Hargailah insan di sisi anda...

racun hidupku (part 2)

tiada lagi 'taman sawi"
sudah jah musnahkan dengan cangkul
dan mesin rumput

nasib baik
akak umah depan tolong contact tukang mesin rumput tu

tapi nak kena racun la jugak
dh seminggu botol penyembur racun tu berisi
tapi tak disembur lagi

petang ni la
harap-harap tak hujan
boleh a buat hujan racun
hehehe

sambil-sambil tu boleh tengok "din" =)

Sunday, July 6, 2008

racun hidupku...

jah sudah ade hobi baru...
hari tu
taman "sawi" tepi umah jah tu dah merimbun lagi
seronoknye

tapi lagi bagus kalau taman tu betul-betul sawi
ni x
cik rumput rampai la jugak yang naik

jadi hari tu
jah pergi cari racun rumpai kt kedai hardware
uncle tu promote racun 2,3 jam lepas sembur, terus mati
rm 25 satu liter
terus jah beli
sebab geram sangat ngan rumput tu
padahal ade je racun yang 10 hari lepas sembur baru mati
lambat a tapi

aunty tu pulak pesan
"you hati-hati tau, racun ni kuat, kalau kena tangan, terus cuci ngan ayaq, kang nanti pitam"

Tuesday, May 6, 2008

i'm leaving on a jet plane ... (jet plane or bus? gonna b homesick again)

hmmm
sedar tak sedar
hari ini dah pun masuk 7mei
sekejap je masa berlalu
bagai tak terasa dah hampir 3 minggu jah berehat di rumah

masa kt pokok sena hari tu
berkobar-kobar semangat
nak update blog
nak tulis sampai 50 entri
penghabisannya
dapat 3 entri je
huhuhu
takpela
at least ade jugak entri baru

apepun
walaupun dah tukar title dari "student" ke "teacher"
tetap rasa berat hati nak balik ke kolej
malasnye!!!

next holiday will be in August
so, jah akan start buat countdown baru pulak ;-)

Saturday, May 3, 2008

my personality... do u agree?

Your Personality Is
Guardian (SJ)


You are sensible, down to earth, and goal oriented.
Bottom line, you are good at playing by the rules.

You tend to be dominant - and you are a natural leader.
You are interested in rules and order. Morals are important to you.

A hard worker, you give your all at whatever you do.
You're very serious, and people often tell you to lighten up.

In love, you tend to take things carefully and slowly.

At work, you are suited to almost any career - but you excel in leadership positions.

With others, you tend to be polite and formal.

As far as looks go, you are traditionally attractive. You take good care of yourself.

On weekends, you tend to like to do organized activities. In fact, you often organize them!


this is so like my personality ;-)

p/s: jah got this after answering 3 simple questions at
http://www.blogthings.com/threequestionpersonalitytest

Tuesday, April 29, 2008

Call me Jaja Hamid ;-)

nama sebenar jah, Hafizah Ab Hamid
panggilan di rumah, jah
kawan-kawan panggil jah, fizah atau izah
paling glamer, kakjah
sebab nae (adik) panggil kakjah, jadi semua orang ikut panggil kakjah

anyway
bila dah pergi ke kmkn
ramai la pulak nama lebih kurang sama
k.haskiza, k.rosliza, shafiza
jah suruh aje colleagues panggil fizah
tapi masih bunyi seakan sama dengan nama panggilan orang lain

k.kiza siap tanye:
"don't u have another nickname because our names sound alike"
of course, i don't have another nickname

tapi hari ni
baru la jah buka cerita dekat dua orang teman tesl dulu
kawan yang otak gile-gile
dua orang ni memang sekepala
wani dan farah
dah rezeki
sekarang kerja tempat yang sama
kpm kuantan

misz wanie n misz farah ni
sekarang tengah kat ofis
rajin btul buat "OT"
sembang punye sembang

misz wanie: student panggil ko ape?
jah: miss fizah

dan jah ceritakan juga kisah nama sama tu

misz wanie: - farah pun ade problem sama
-walaupun die suka nama farah, disebabkan ade sorang lagi staff nama farah
- jadi trus panggil nama die misz dilla sebab nama die farahdila
- ko pun tukar nama la

jah: - ok je
- bagi cadangan a

maka dua orang sahabat ini pun
berganding bahu
memerah otak
memikirkan nama baru untuk jah

cadangan nama-nama;

1. misz zah - eh, macam nama orang tua je, aku muda lagi
2. misz haf - macam mishalf aje
3. misz fiz - bunyi dh urban , macam cool, tapi macam misfit pulak
4. misz jaja - eh ok jugak tu, macam pernah ku dengar, rupanya daripada kisah jaja dan din dari blog kaksu, ok aku stuju

maka
jah pun setuju dengan nama tu
misz jaja
lagi cool misz jaja hamid
wah wah wah
so nanti
balik kmkn
nak kena suruh colleagues panggil jah dengan nama baru a

"jaja"

chumilnye, kata wanie n farah

thanx ya, misz wanie n misz dilla

i've got my new nickname
so, k.kiza, i don't think we r going to have problems of sound-alike-nickname anymore

p/s: apepun, jah masih akan terus bahasakan diri sebagai jah di blog ni ;-), jah itu bagaikan sangat klasik

Monday, April 28, 2008

Bila terasa sedih kerna masih keseorangan...


Renungkanlah sedalam-dalamnya……………….

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah
anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cubamendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

p/s: thanx AHA for these soothing words