Thursday, February 18, 2010

coklat \(^0^)/

jah suke makan coklat..
biarla orang kata makan coklat jadi gemuk, jah memang dah chubby pun ..

hari tu jah g langkawi, tujuan utama nak beli coklat.. khabarnye kat sana, coklat murah, dan banyak jenama n jenis,..

bila sampai sana, jadi tak terkata,
memang banyak jenama import, siap ade yang ade liquor lagi
tak tahu nak beli coklat mana satu..
banyak sangat,..
tapi dengan bajet yang agak terhad, jah beli almond chocolates dalam balang satu, roka satu plastik besar (utk anah buah), toblerone paket 6 n ferrero rocher satu kotak (24)..

beli hitung balik, tak murah sangat pun, beza 2, 3 ringgit je..
kalau dikira dengan kos nak g kuala perkis, kos feri dan sebagainya, coklat tu jadi lebih mahal daripada pasaraya kt alor star..
takpe, at least jah dapat peluang tengok coklat yang banyak

jah bagi roka sorang satu kt mentee jah, sori ye, teacher mampu bagi yang tu je, bajet terhad...

lepas cuti raya cina, 2 orang mentee jah datang di awal pagi, konon nak surprise ngan susun ferrero rocher atas meja jah, tapi jah pulak dah datang keje awal.. takpe2
terima kasih banyak-banyak.. nanti teacher fikir nak jamu ape dekat korang semua

Wednesday, February 17, 2010

cepatla 2012!

hari ni rabu, esok dah khamis..
jah akan mula cuak dan bimbang sebaik sahaja hujung minggu makin hampir..

sejak bergelar pelajar (sekali lagi), perasaan tu wujud dan amat menakutkan..
kenapa ye?
bukannye jah tak pernah belajar sebelum ni.. dan sebenarnya jah baru sahaja meninggalkan dunia hidup pelajar tu 2 tahun lepas.. masih baru lagi

mungkin sebab kelas sarjana ini sangat memerlukan komitmen yang tinggi.. memangla, apabila pelajar dalam kelas cuma 6-10 orang untuk setiap kelas yang berdurasi 3 jam.. jah memang perlu bersedia. kalau tak, terlopong dan malu sendiri

dan jah sudah susun jadual hidup untuk kurangkan stress tu:

isnin malam - belek-belek nota dan buku, tapi mesti xde mood dan t'tido
selasa malam - mula baca sepintas lalu, capai novel.. tdo
rabu malam - baca berkali-kali, tapi masih agak kurang faham
khamis malam - mula buat nota.. tapi penat.. t'tdo
jumaat: pagi - baca, faham n buat nota.. ngantuk jugak, tdo lagi
petang - selepas solat zohor, menyambung usaha murni
malam - sudah agak faham, tapi masih kurang penghayatan
sabtu: 6-9 pagi - masa ni bila baca, memang sangat faham, tapi dah cuak baca subjek ni, igt subjek tu.. uhuhuhuhu
10 pagi - gerak ke uum

sabtu malam - sampai umah dalam 7pm, urus diri.. tidur
ahad: hari rehat dari study, tapi dh start keje

itula yang terjadi setiap minggu.. kalau ada assignment atau presentation, lagi parah.. dah start buat preparation dari isnin, tapi mesti takde idea sehinggalah tiba hari jumaat.. nape la jah jadi camni?

Tuesday, February 16, 2010

panas!

kembali ke pokok sena setelah 4 hari di terengganu..

kedah sangat panas, jah terpaksa akui hakikat tu..
jah rindu angin pantai yang nyaman dan suasana sejuk di kampung.

cepatla bulan april, jah tak sabar nak balik lagi ;)


Tuesday, February 9, 2010

Emak dan abah, tiada ganti, hargai dan sayangi mereka

A.I.A (Ayah Ibu Anak) by Baji

Rarare rare rare ra
Rarare rare rare ra
Rarare rara rera rara rare rara

Janganlah engkau menangis lagi
Yakinkan aman ibu di sisi
Wahai intan seluruh raga
Hadirmu membawa seribu warna

Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa

1, 2, 3, 4 by Aris Ariwatan
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Friday, February 5, 2010

cabaran sebagai satu peluang

hari ni pakcik potong rumput datang. dah terang skit laman umah jah. tapi ntah kenapa jah rasa tak puas hati. mungkin sebab potong tak kemas. sambil sapu rumput-rumput tu, jah kena cabut sendiri mana-mana tunggul rumput yang tertinggal. banyak la jugak.

hmm. rasa nak marah pun ade. sebab tangan dah pedih. badan dah basah dengan peluh. lepas tu jah fikir balik, mungkin pakcik tu tak fokus sebab cuaca panas sangat. mungkin die nak cepat balik sebab nak solat asar. takpelah. jah siap terfikir nak pindah umah lain yang takde laman supaya tak payah bayar upah panggil pakcik potong rumput. tapi jah minat berkebun, dan bukan senang nak cari umah sewa macam yang jah duduk sekarang; jiran-jiran baik, dekat dengan kedai, banyakla lagi kelebihan


tetiba jah terfikir, mungkin jah ditakdirkan Allah kena cabut tunggul rumput yang tinggal supaya jah bersenam, aktif dan keluar peluh. puncanya, sejak malam tadi, jah duduk mengadap laptop, melayari internet, cari bahan untuk siapkan assignment. sambil tu makan berkali-kali. sekejap-sekejap pergi dapur, buka peti ais, makan coklat, minum air. Allah nak bagi rezeki kat pakcik zali, rezeki hari jumaat. maka Allah gerakkan hati pakcik zali datang potong rumput, tapi dengan tak kemas, supaya jah ringankan tulang, aktifkan badan dengan cabut rumput, supaya bakar lemak terlebih dalam badan.. Alhamdulillah, terbakar juga lemak kat badan jah, walaupun tak banyak, cukuplah untuk hari ni. setidak-tidaknya , jah dah bersenam untuk 10 minit dan laman umah pun dah bersih :)