kelas bermula jam 8am, tepat 7am, jah memandu di celah-celah gelap ladang getah,
menyelusuri tepi sawah padi..
alhamdulillah, sampai di uum jam 8pg.
kelas berakhir jam 2.30pm.
kepala sarat dengan pelbagai tugasan yang baru diberikan pensyarah.
semua harus diselesaikan dalam masa 4 minggu.
dan ada tugasan yang harus diselesaikan dalam masa seminggu..
memandu dalam keadaan mengantuk dan penat,
nyaris-nyaris terlanggar kereta disebabkan termasuk dalam lorong bertentangan kerana mengantuk.
alhamdulillah, Allah masih sayangkan jah.
sampai di rumah, jam 3.30 pm.
mandi dan solat.
perut berkeroncong tapi kerana mengantuk, terus tertidur.
terjaga jam 6.20pm.
bergegas mandi dan solat asar.
malam, lapar lagi.
memikirkan tentang kalori makanan dan berat yang tidak turun-turun,
jah cuma makan biskut dan air kosong.
jah sedih, kenapa ada duit, tapi tak boleh makan yang enak-enak?
selepas isyak, suami telefon dari umah kaler oren.
bestnya, dia, sentiasa ada peluang untuk pulang ke rumah.
dan setiap kali, die beritahu, mak tanya bila jah nak balik..
sedihnya, sedihnya..
jah nak balik, tapi, terikat dengan kelas masters dan kerja..
jah tak cakap lama dengan suami,
penat belum hilang dan tengah melawan bunyi perut yang masih buat konsert..
bangun pagi ni,
jah baru teringat, semalam 1 januari 2011,
itu hari ulangtahun kelahiran mak ke 64!!!
teruknya anak mak yang seorang ni,
sibuk sangat dengan urusan dunia,
dah lupa birthday mak..
jah belum pernah terlupa nak wish happy birthday dekat mak.
kepada mak:
Hajjah Zaimah binti Jusoh,
"selamat hari ulangtahun ke 64,
semoga Allah sembuhkan sakit kaki mak,
dikurniakan kesihatan yang baik,
kebahagiaan di samping abah, anak-anak dan cucu-cucu.."
insyaAllah, jah balik umah kaler oren 15 januari ni..