hari ni hujan lebat setelah berhari-hari agak panas.
cuaca seakan memahami kesayuan hati ini.
hati menangis.
esok, k.tiya akan pulang untuk berkhidmat di negeri sendiri.
k.tiya, teman yang jah kenal setelah menjejakkan kaki untuk bertugas di bumi Kuala Nerang.
yang selepas itu baru jah tahu merupakan senior TESL programme di UiTM.
seorang yang cepat mesra, positif, tegas dan kreatif.
apa saja tugas yang diberi pasti digalas dengan baik.
pandai memasak dan menghias diri dan rumah.
jah memang kenyang kalau k.tiya ajak makan di rumah dan seringkali kagum dengan penampilan diri dan hiasan serta susun atur di rumah k.tiya.
sebab tu pelajar tahun 6 SK Pedu panggil k.tiya "cikgu cantik"
punya personaliti yang menarik dan suara yang lunak.
bukan susah untuk faham kenapa pelajar-pelajar k.tiya sayang sangat dengan k.tiya,
dan jah bimbang, andai jah tidak mampu menarik minat pelajar k.tiya untuk memahami kelas jah kelak..
jah susah nak rapat dengan orang, nak sembang banyak dengan orang.
di sini, jah hanya rapat dan banyak mulut dengan manja, k.tiya, k.jay, k.nurul dan k.mus.
dengan k.tiya, banyak yang boleh dibicarakan.
mungkin kerana negeri kelahiran kami berjiran,
darah jah juga mengalir darah keturunan senegeri k.tiya,
berkongsi makanan kegemaran dan dialek yang seakan sama,
kadang-kadang konvoi bersama untuk pulang ke kampung halaman,
maka jah cepat rapat dengan k.tiya.
dan ramai yang kadang-kadang tersilap, panggil jah sebagai fatihah.
mana mungkin hafizah itu fatihah, kerana nurfatihah sulaiman itu memang ade aura tersendiri.
jah kagum dengan semangat dan prinsip k.tiya,
jah ini mudah lemah dan rendah diri,
cepat tertekan, kawan-kawan yang lain akan cepat-cepat pujuk.
malunye kadang-kadang, kenapa agak mudah terasa.
selamat berjaya, k.tiya!
jaja yakin k.tiya pasti akan jadi yang terbaik di UMK kelak.
teruskan usaha, sambung studi, tulis buku, kata-kata k.tiya memang menusuk hati.
jangan bazirkan bakat dan anugerah yang Allah kurniakan.
dan jah akan ingat pesan k.tiya yang satu itu,
tiada guna untuk kita mengadu masalah kita sesama manusia,
kerana masing-masing pun dah ada masalah sendiri,
merintihlah kepada Allah Yang Satu, Dia Yang Maha Mendengar dan Memahami.
insyaAllah, itu antara azam jah untuk tahun 2011.
ada masalah, simpan sendiri,
tak perlu peningkan kawan-kawan yang pastinya ada komitmen tersendiri.
elakkan jugak mengusut kepala sang suami yang jauh di mata.
K.tiya,
insyaAllah jaja doakan k.tiya akan lebih cemerlang dan produktif di sana. jangan sia-siakan ilmu dan bakat yang dikurniakan Allah. InsyaAllah, panjang umur dan murah rezeki, kita jumpa lagi. Jaja akan rindu k.tiya!