telipot itu sejenis bunga yang amat kukuh, cantik dan teguh. saya berharap, saya dapat menjadi seperti si bunga telipot ini.
Sunday, March 28, 2010
Rindu yang bertamu..
Rindu itu adalah anugrah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu 2X
Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagian
Orang-orang bertakwa rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan keredhaan tuhanNya
Orang mukmin merindukan anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehan keluarga yang bahagia
http://www.free-lyrics.org
Aaa…
Rindu itu adalah anugrah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagian
Para pencinta kebenaran rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan keampunan tuhannya
Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan
Dan seluruh umat itu merindukan cahaya yang menyinari kehidupan
Rindu kepada tuhan 3X
Thursday, March 18, 2010
pagi yang indah, ayuh nikmati bersama :)
Monday, March 8, 2010
Baraka Allahu Lakuma ;)
"Rahsiakanlah pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (hadis riwayat ahmad daripada Abdullah bin Zubair r.a., disahihkan oleh Al-Albani dlm irwa' Al-Ghalil)
“Dan di antara tanda-tanda kekuasanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum:20)
kenapa band indon sangat banyak lagu unsur agama?
salam..
hari ini jah tanya pada kawan-kawan: "Lagu apa yang sangat memberi inspirasi dan semangat?"
macam-macam tajuk lagu diberikan, kebanyakannya lagu Inggeris.
seorang rakan dikenali ketika BTN, menjawab: " jaja, dengar saja lagu mari solawat daripada wali band"
jah pernah dengar lagu tu.. dan jah pasang lagi..
lirik yang menarik, selawat sambil memberi teguran
dan jah mula perasan, band indon (yang ahlinya orang Islam) pasti akan hasilkan lagu bercorak keagamaan walaupun fokus mereka pada pop komersil..
antara contoh, ungu yang popular dengan lagu kekasih gelapku, hasilkan lagu andai ku tahu berbicara tentang takutnya kita akan mati yang pasti, tapi tak pernah srik melakukan dosa..
dan contoh seterusnya, wali band ini yang cukup popular dengan lagu cari jodoh, tampil dengan lagu taubat maksiat dan mari shalawat..
tapi agak jarang untuk ketemu band dari Malaysia yang begitu... kenapa ye?
mari fikirkan sambil amati lirik mari shalawat (mp3, cari sendiri ye ;) )
mari shalawat by wali band
shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah
Daripada kita pacaran
Lebih baik kita shalawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan
Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan
BUkan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu
Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan
Saturday, March 6, 2010
tak sabar tunggu april ;)
bila kehendak badan tak dituruti..
Monday, March 1, 2010
bersusah-susah dahulu..
mari amalkan baca al-ma'thurat
1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...
2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...
3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...
4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...
Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...
Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat. dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk...
Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.
Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...
Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari...
Kami membentangkan kepada anda hadis-hadis dari sumbernya yang asal untuk memudahkan anda menghayatinya dan mengetahui kelebihannya sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah
taken: http://hatikering.wordpress.com/
Marilah sama-sama kita amalkan, insyaAllah akan lebih berkat dan bermakna hidup kita ;)