hari ni 31 julai 2009 (9 syaaban 1430H)
jah sampai dari terengganu lewat malam tadi
penat
walaupun bukan jah yang drive
penat
sebab jah travel dalam keadaan kurang sihat
2 minggu cuti
episod pergi balik naik turun bas
pokok sena - sintok-pokok sena - alor star- k.terengganu-alor star-pokok sena-sintok-pokok sena-alor star-k.terengganu
kenapa asyik ulang alik?
sebab jah ada banyak tanggungjawab:
1. Pekerja - boleh cuti 2 minggu tapi masih perlu siapkan markah sebelum tamat cuti
2. Pelajar sarjana separuh masa - tempat kerja cuti, tapi kelas master tak cuti
3. Anak - kena balik kampung jenguk mak abah
4. Kakak - tolong uruskan adik-adik di Permatang Pauh
5. Ibu saudara - kena tolong jaga anak-anak buah di kampung
Duduk di kampung, jah sibuk layan anak-anak buah. Keadaan agak stress. Irsyad, 13, ikhwan, 10, dan hakim, 8. Mereka sangat-sangat nakal. Tapi jah rasa mereka sengaja nakal sebab nak perhatian. Ummi mereka sudah hampir 2 bulan beraa di HSNZ, menjaga adik bongsu mereka Haziq, 4 bulan lebih, di ICU kerana VSD (jantung berlubang) dan pelbagai penyakit lain. Abah mereka pun sibuk bekerja dan pulang sekejap pada petang dan kembali ke HSNZ untuk bergilir jaga Haziq. Jadi yang tinggal, hanya Tok Abah, dan Opah.
Maka apabila ada emak saudara atau bapa saudara mereka yang pulang ke kampung, sangat-sangat gembira la mereka ini. Macam-macam. Dan mereka sengaja buat perangai supaya orang marah. Itu pada pandangan jah. Sebab mereka tahu, ada orang bagi perhatian kepada mereka, tidaklah asyik cakap pasal adik Haziq.
Jah cuba layan mereka. Bawa jalan-jalan pergi pasar malam, main teka-teki bila nak masuk tidur, tidur pun dengan mereka kat tengah ruang tamu. Tapi kadang-kadang sabar tu tercabar jugak. Penat suruh mereka mandi dan solat. Nak suruh urus beg sekolah dan pakaian sekolah. Mereka buat endah tak endah. Sengaja.
Hasilnya, jah mula rasa geram. Tambah pula bila asyik fikir pasal Haziq yang keadaan sentiasa kurang stabil, masih tak boleh dibawa ke IJN. Kadang-kadang pening pasal hal peribadi.
Kemuncaknya, jah rasa kurang sihat, tekak terasa perit. Dah mula bersin. Asthma mula nak menyerang. Rabu malam bersiap ke klinik. Mak suruh bawa Ikhwan sekali kerana dia pun asthma pagi tu. Irsyad dan Hakim sibuk nak ikut. Akhirnya, semua pergi. Orang ramai di klinik. Doktor periksa Ikhwan dahulu. Tak ada asthma pun, tapi dinasihatkan jangan makan aiskrim untuk 2 minggu.
Doktor periksa jah. Dia cakap ada asthma, batuk, selsema. Tekak dah mula merah. Suhu agak tinggi. Mata pun dah menunjukkan tanda-tanda suhu meningkat. Demam baru nak mula, kata doktor. Jah pun tanya, demam H1N1 ke? Jah takut, sebab asyik pergi hospital untuk lawat Haziq... Mana la tahu. Doktor cakap, demam biasa je. Jah pun minta buat ujian diabetes, tak tahu kenapa tetiba rasa takut. Doktor tanya keluarga ada sejarah diabetes ke? Ya, abah dan mak. Adik beradik? Tak ada. Doktor cakap ok. Cucuk jari kiri. Sambil tunggu keputusan ujian, doktor ambil tekanan darah. Doktor terkejut, 140/70. Jah pun terkejut. Doktor cakap agak tinggi untuk jah yang berumur 25 tahun. Doktor suruh rehat dan pergi periksa lagi dalam waktu seminggu. Alhamdulillah, ujian diabetes negatif. Tapi doktor suruh makan secara sihat, bersenam, kurangkan berat badan dan elakkan stress.
Jah rasa ini semua mesti sebab stress..