Tuesday, March 17, 2009

kalau hati dah cinta...

Orang yang mencintai kamu
tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.

Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!

Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,
di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik
walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu
tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,
dia ingin tahu kegiatan kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian,
dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung,
dan saat harinya tiba
dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya
yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa,
tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Sunday, March 15, 2009

30 hari mencari cinta - penutup

Khamis, 12 Mac 2009

semalam adalah hari ke-30 cabaran

entri ini hanyalah untuk merumuskan apa yang telah terjadi sepanjang 30 hari cabaran ini

objektif cabaran:
1. untuk meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dengan lelaki
2. untuk mencari cinta sejati
3. (kalau berjaya ditemui) untuk dijadikan pasangan hidup =)

tunggu sekejap sebelum jah nyatakan sama ada objektif tersebut berjaya dicapai atau tidak.

calon-calon yang telah jah nyatakan selama ini:

1. en kekasih gelap - kekal menjadi kekasih separuh masa
2. en umah depan - die anggap diri die adik angkat jah
3. en kastam (is) - tiada persefahaman -
4. en army (george) - tiada tanda-tanda untuk memberi komitmen

jah telah dapat sedikit sebanyak pengalaman daripada cabaran ini
lebih mengenal dan faham diri sendiri
juga telah mula kenal dan faham hati dan perangai seorang lelaki walaupun bukan secara mendalam

kesimpulannya, objektif cabaran tidak tercapai sepenuhnya.
sedih tu sedih jugak.
tapi sekurang-kurangnya, jah dah ada sedikit keyakinan untuk bercakap dengan lelaki.
apa yang dilalui akan dijadikan panduan dan pengajaran dalam hidup jah dalam usaha mencari pasangan hidup

jah sedih tatkala dengar khabar ramai kawan-kawan jah yang couple bertunang
yang bertunang nak kahwin
yang dah kahwin akan timang cahaya mata
tapi jah masih begini walaupun usia dah menginjak 25 tahun
jah suarakan rasa hati kepada mak
dan ini nasihat mak untuk mengubat hati jah yang pilu:
fokus pada master, mungkin itu yang terbaik buat jah sekarang
jah berdoa dan sangat berharap permohonan master tu berjaya, amin.


seperti kata ahli keluarga, rakan-rakan, adik-adik junior dan teman sekerja:
jangan putus asa dalam mencari.
jah seorang perempuan yang baik dan pastinya akan ditemukan dengan lelaki yang baik.
He makes you meet with all the wrong guys before Mr Right comes into your life.


terima kasih semua.
kadang-kadang kita sedih apabila tidak mendapat sesuatu yang kita suka, tapi kita tidak tahu bahawa mungkin kesukaan kita itu membawa mudarat kepada kita
barangkali juga kita benci pada sesuatu yang diberikan atau terjadi kepada kita sedangkan kebencian itu sebenarnya membawa manfaat kepada kita
Allah maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaNya.

Wednesday, March 11, 2009

Please fill in the blanks ... =)

30 hari mencari cinta - hari keduapuluh

ahad, 1 mac 2009

hari ni hari ke-20

ade assembly
jah dapat birthday pressie dari kelab staff kolej
coasters
ok a
dulu orang dapat mug
sekarang dapat lapik mug =)

perkembangan pencarian cinta
tiada yang menarik

bosan
jah cuma sibuk dengan urusan nak siapkan bahan untuk presentation CoLT

petang pulak asyik hujan
jadi jah tak perlu siram pokok lagi

malam
ngantuk
tapi jah nak habiskan jugak baca
he's just not that into you:
1. he's just not that into you, if he doesn't call you
2. he's just not that into you, if he doesn't show interest in you
etc., etc.,

habis baca
menangis
ape yang ditulis tu semua jah dah buat
n betul
lelaki-lelaki tu memang xde perasaan pun
huuuuuuuuuuuuhuuuuuuuuuuu

lagi sepuluh hari dan harapan kelihatan semakin suram...

Monday, March 9, 2009

30 hari mencari cinta - hari kesembilan belas

Sabtu, 28 februari 2009

hari ke -19 cabaran

hari ni jah bangun lambat
bestnye tido
layan novel yang baru dibeli

nak makan
lapar
nak hangatkan tomyam semalam
tapi gas dah habis
benci betul la gas ni
nape la asek habis
at last makan je tomyam sejuk

call kak na n kak ju
tanya nape gas jadi macam tu
diorang cakap
gas tu mogok
hahahaha

jah layan balik novel
sampai habis
is sms
is: sayang tak nak datang support i punye game ke?
jah:semalam i datang u tak nak jumpe
is: u tak cakap pun u sampai pukul berape
jah: camne i nak cakap, u jugak yang beritahu, u bz n takde mood, buat je ape yang patut
is: btul la, tapi at least cakap a dah smpai, ni tak, i sms, 5 jam baru reply
jah: mane ade 5 jam, 2 jam je tau
is: ye la, same a, lambat je nak jawab
jah: at least i jawab
is: u datang ngan sape?
jah: ngan kawan
is: itu la, u suke sangat bawak kawan, xleh ke datang sorang?
jah: memang la i kena bawak kawan, i ni anak dara, mana boleh jalan sorang-sorang. dahla semalam dah sesat 2 kali
is: hmm.. tp tu la u suke sgt bwk kwn, kalau tak, kite boleh jumpe
jah: nsb baik i bwk kwn, kalu tak sesat sorang-sorang tak ke susah u pulak cakap u bz, xde mood n buat je suke hati i
is: ye lah, i ni susah nak faham kn?
jah:takdela, i just nak u respect my principle, itu je
is: ok la, i ade game ni
jah: so settle camni je ke?
is; ok, bye

sebak, sedih, marah sangat
geramnye ngan is ni
memang la
xde hrpn

petang
kak na n kakju datang
bawak p makan kat selasih
otw
jah bgtau la sebenarnya mie yang amik jah pagi khamis
kak na n kak ju trus usik
tapi jah cakapla budak tu mude lagi
then diorang just cakap
elok-elok a kawan tu
awak tu perantau
anak dara pulak tu
nanti jiran-jiran lain pandang serong
susahla
hmmm
ok je
balik umah
mie dah ade kat depan ngan izah
kak na n kak ju usik lagi
jah tunduk aje

lepas kak na n kak ju balik
jah siram pokok
then p umah depan
nak jumpa k.alawiyah
tanye pasal umah sewa
bual-bual kosong ngan mie

pastu tengah sembang ngan k.alawiyah
boleh mie bgtau cik die
yang jah ni tak pandai masak ikan pekasam
geram betul budak kecik ni
eiiiii

....


malam
siap-siap untuk keje esok
n siap-siap untuk CoLT
huhuhu
tak siap lagi
rabu dah nak pergi
camne ni????

jah, gambatte ne

30 hari mencari cinta - hari kelapan belas



Jumaat 27.2.09

hari ni hari ke -19 cabaran

jah masak tomyam
ajak kawan-kawan makan
k.tiya n abg awi, kak nurul n kak j
jah memang dah lama nak ajak diorang makan kat umah jah
tambahan pula
jah nak masak nak bagi kat mie n family
sebab semalam die dah tolong ambik jah kat bus station

malam tadi
waktu kat tesco
mie sms die tanya nape duk berkurung je dalam umah
jah cakap ade kat tesco la
die pun cakap nape tak ajak
die bosan kat umah
jah cakap lain kali a
ni pun pergi sebab colleagues yang ajak
die cakap ok
mana-mana pun die sanggup temankan
wah wah wah
die ni kan

lepas dah masak
jah hantar ke umah sebelah n umah mie
lepas tu
kawan-kawan jah datang
sambil sambil makan
bincang pasal nak p conference CoLT kat Sunway Hotel, Seberang Jaya, Penang

then baru teringat
jah n kak j book hotel The Summit Bukit Mertajam
boleh tahan jauh dari Sunway
pastu ajak kak j p survey
kut ade hotel or motel yang lagi murah
kat area tu
then ajak mie sekali
die ok je

tengah tunggu nak kuar keta dari umah
jah sms mie suruh siap
jiran sebelah jah tegur
budak laki umur 8 tahun
die selalu tegur jah bile balik kerja
nama die syafiq
syafiq: kakak, kakak nama ape?
jah: panggil je cik fizah
syafiq: oo, beraap nombor telefon kakak?
jah: eh, mana boleh bagitau.. (sambil gelak-gelak)
masa tu adik-beardik syafiq terus usik die, kakak, die ni nak kahwin ngan kakak
jah terus cakap
eh, mane boleh
die terus malu
waktu mie masuk kereta jah, syafiq tu pandang tak berkelip
....

sebelum jah gerak
jah sms is
jah: is, u i nak g seberang jaya ni, nak survey hotel. u habis kerja pukul berapa?
is: i habis petang. i busy. mood i x baik. u buatla apa yang patut.
wah, geramnye
ok jah akan buat ape yang patut


otw
pergi dan balik
sembang-sembang
jah tahu banyak la pasal mie
1. die x suke kwn ngan perempuan sebaya - banyak habiskan duit- asyik die kena blanja- klau tak, tak gentleman
2. die takleh terima nape ade lelaki jatuh cinta pada perempuan yang lagi tua
3. die takde hobi yang khusus
4. die tak suke tidur petang - studi je ..

itu aje
so jah faham la
that's it
anggap je die sebagai adik
my lil bro